Sunday, December 19, 2010

Penting atau tak Penting? Wajib atau tak Wajib?

Salam bahagia..

Agak lama saya tak dapat menulis. Kekangan waktu merupakan alasan yang piawai. Dan saya juga tidak terlepas darinya. Kali ini saya ingin berkongsi dengan pengunjung blog ini beberapa senario pendidikan negara kita.
Kenapa kita pergi ke sekolah? Atau kenapa kita hantar anak2 kita ke sekolah? Senang sahaja jawapannya..iaitu nak dapat ilmu, nak jadi pandai...nak masuk universiti...kerja dengan gaji yang lumayan...hidup senang....dan seumpamanya. Maka, kalau itu jawapannya, banyaknya kita kena belajar, kan gitu?
Berapakah  subjek yang kita belajar di sekolah? Agak banyak? Sedikit? Relevan? Tak relevan? Saya tak berani nak komen tentang  soalan saya tadi...Dan apakah kaedah yang kita gunakan untuk membezakan antara satu subjek dengan subjek yang lain? Dalam bahasa mudah, contohnya, apakah atau berapakah nilai Bahasa Melayu berbanding dengan Bahasa Inggeris? Berapakah banyaknya nilai ilmu antara Sains berbanding dengan Pendidikan Seni? Lebih kurang begitulah maksud saya apabila saya bertanyakan bagaimana hendak membezakan nilai sesuatu subjek.
Saya berpendapat pilihan subjek yang kita pelajari agak seimbang...tapi bila pembaca tanya macamana saya boleh kata seimbang? Scale apa yang saya guna untuk "keseimbangan" itu, maka saya angkat tangan la..Maksud seimbang saya ialah dari mata kasar..contohnya......kita belajar 2 bahasa ( sebagai alat komunikasi ), kita belajar Sains N Matematik ( sebagai wadah  hukum kejadian ), kita belajar Pendidikan Islam & Pendidikan Moral ( sebagai panduan agama & nilai2 hidup murni ), kita belajar Sejarah & Geografi ( sebagai mengenal tamadun kemenjadian bangsa & alam ), Pendidikan Seni & Pendidikan  Jasmani & Kesihatan ( pengharmonian jiwa dan Jasmani ). Dan banyak lagi subjek2 yang saya tak masukkan di sini. Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa pilihan subjek2 di atas adalah sebagai contoh sahaja dan pengelasannya pula mengikut pandangan sendiri ( tak ilmiah ). Bagi saya, semua yang kita belajar di sekolah adalah SAMA penting....SAMA nilai ilmunya...saya tidak boleh berkata Bahasa Inggeris lebih tinggi nilainya dari Geografi, misalnya. Jika saya berpendapat begitu, saya adalah pengkhianat ilmu.
Dan maka sebab itulah Kementerian Pelajaran kita menawarkan pelbagai subjek untuk kita (dulu-dulu) dan untuk anak-anak kita (sekarang ). Kalau tak penting, KPM tak akan buang masa, tenaga dan wang ringgit berjuta untuk kita dan anak2 kita untuk menawarkan pelbagai subjek.........betul tak?

So, kesimpulan saya kali ini ialah, semua subjek adalah sama PENTING, maka dengan itu, dalam Peperiksaan, semua subjek WAJIB lulus. Kalau tak penting dan tak wajib lulus, tawarkan subjek yang PENTING dan WAJIB lulus sahaja. Jimat belanja, tenaga  dan masa.

Wassalam.

Saturday, November 20, 2010

Cuti Sekolah

Salam Bahagia...

Cuti sekolah sudah bermula dan begitu juga peperiksaan SPM dan STPM. Ibubapa mungkin sudah merancang berbagai aktiviti untuk mengisi cuti anak-anak dan juga cuti sendiri (jika ibubapa juga guru seperti kami berdua). Setiap kali cuti panjang..sedikit sebanyak emosi saya agak terganggu kerana saya memikirkan apa yang nak dibuat. Keseronokan pergi sekolah dan bekerja perlu ditangguhkan buat sementara waktu. Itupun nasib baik juga saya kena turun ke sekolah juga untuk 'melihat-lihat' perjalanan peperiksaan kerana saya SU Peperiksaan Sekolah. Saya tak berapa kisah tentang cara nak habiskan cuti..tetapi saya kasihan  melihat anak-anak. Anak kami yang sulung, bakal hadapi PMR tahun hadapan, dah mula sibuk dengan bukunya walaupun saya suruh 'jangan belajar'. Begitu juga anak ke2 kami, bakal naik Tahun 5 dan anak bongsu  kami bakal tahun 2, sudah menyorong buku teksnya  ke hulu ke hilir 'bertuition' dengan datuknya (bekas guru Matematik) untuk belajar Matematik. Terharu juga melihat kesungguhan mereka.

Tempoh hari saya membawa mereka ke jualan gudang DBP di Kota Kinabalu. Banyak buku terbitan DBP dijual dengan potongan harga yang agak baik terutamanya buku buku yang dah tukar warna kertasnya. Buku-buku baru sedikit sahaja potongannya. Kami habiskan sekitar RM400 juga dari harga asal RM600. Ada kajian yang dibuat yang mengatakan bahawa peratus rakyat Malaysia membaca sangat mengecewakan. Ya, mengecewakan sungguh. Salahkan rakyat. Maka, saya pun berazam...bagitahu isteri, anak2 dan rakan2..giat kita membaca.
Dan salah satu rakan saya membebel:
"Read your head la.....go and see the price of books in our country...then u ask us to read. Our neighbouring country even cheaper..buying online also cheaper...Rich people can buy la, but how many percent of rich people in Malaysia and how many percent of that population really have reading habit? Majority of Malaysians are middle income, low income and no income.....how do you think they gonna buy?? How many bookshops we have in each town? and out of that how many have variety of choices at a reasonable price? What else books!! Even daily newspaper costs extra from its printed price...." ( my Quote: as comparison: Berita Harian - Kota Kinabalu RM2.00, and in Kota Belud - about 70km from Kota Kinabalu, good road system, RM2.20, but you will only get your the morning copy, late in the afternoon.....local newspaper, KK RM1.20, Kota Belud RM1.30)

Sewaktu saya kecil, sekolah rendah sekitar tahun 70an, saya suka sangat apabila emak saya menyuruh beli barang di kedai runcit. Sebabnya dalam premis kedai runcit tersebut, sebahagian kecil ialah gerai  suratkhabar (@kedai buku???) Dan pemilik kedai tu tahu sangat tabiat saya..habis saya belek dan baca..komik komik Melayu/Bujal/ dan banyak lagi yang dan lesap sekarang....dan ada pula komik yang diimpot, iaitu BEANO/MAD/Readers Digest  dan ada lagi satu yang tak saya berapa ingat..... Komik Beano walaupun diimport, harganya sekitar RM1 - RM3 kalau tak silap, edisi bulanan, begitu juga komiik2 Superman, Batman, Spiderman dan semua MAN....cuba pergi tengok harga2 majalah2 komik ini sekarang...
Kemudian majalah GILA-GILA memeceh tradisi sebagai majalah Humor Nasional yang pertama diikuti dengan GELIHATI...Apa yang peliknya, sewaktu saya masih bersekolah, saya mampu beli Berita Harian setiap hari  (RM0.35sen), majalah GILA2...dan beberapa majalah lain...TAPI kini bila dah bekerja, saya macam tak mampu lagi. Betul la kata kawan saya tu.."Read your head la.....!

Selamat Membaca

Monday, October 11, 2010

PMR

Salam Bahagia...

'Peperiksaan' PMR akan berakhir esok dan mungkin untuk selamanya sekiranya ada perubahan dalam  sistem penilaian dan peperiksaan negara kita. Pengumuman tentang itu, akan diumumkan kelak, maka kita tunggu sama-sama.
 Cuti sekolah secara rasmi akan bermula pada 23 November 2010. Apakah yang akan berlaku pada murid-murid Ting 3 yang telah tamat PMR ini? Sekolah saya mempunyai peratus ketidakhadiran yang agak tinggi dengan purata 30 orang murid setiap hari bagi satu Tingkatan. Ini bermakna dalam sehari kira-kira 150 orang murid tidak hadir ke sekolah. Alasan yang diberi: bermacam. Beberapa hari sebelum PMR, ada segelintir murid yang datang mengambil slip menduduki peperiksaan. Mereka ini tergolong dalam kumpulan yang jarang hadir dan juga tidak hadir sama sekali dari awal tahun. Syukur aje SU PMR kami daftarkan nama mereka, kalau tidak, sudah tentu sekolah dan guru dituduh cuai, tidak prihatin, tidak bertanggungjawab dan lain-lain lagi. Pendekatannya, daftar aje la, bukannya kena bayar, free aje PMR, dan tambahan lagi, tiada istilah gagal, dan paling bagus, semua E pun, masih boleh naik Ting 4 sebab tidak ada apa-apa signifikan 'peperiksaan' dengan pendidikan.
Secara peribadi saya rasa perkara ini berlaku kerana kita sendiri. Zaman saya, SRP amat bernilai. Kalau gagal, kena ulang dan boleh mengulang di sekolah kerajaan ataupun swasta. Kena bayar. Di sinilah letaknya nilai peperiksaan itu, bila kita memikirkan bahawa kita kena keluar belanja untuk mendapat ilmu dan kelulusan. Semasa saya ambil SPM, bapa saya berpesan, "ini duit untuk bayar periksa, kalau tak lulus, jangan balik," pesannya. Sebenarnya pesanan itu mempunyai maksud tersirat. Tujuan percakapan beliau ialah bukan senang cari duit, dan jangan hampakan harapan ibubapa. Justeru itu, kita menjadi 'takut' untuk mengecewakan mereka, 'takut' dengan masa depan yang tak menentu ketika itu. Hasilnya kita cuba sedaya mungkin. Saya bukannya tergolong dalam kumpulan cerdik, hanya dapat pangkat 2 sahaja, beberapa unit lagi nak masuk pangkat 3....nasib baik ada perasaan takut dan rasa mahalnya bayar peperiksaan.
Murid  hari ini?

Friday, October 8, 2010

PTK

Salam Bahagia...
Kita jumpa lagi dalam blog ini. Tidak lama lagi. semua penjawat awam akan menduduki peperiksaan PTK khususnya Guru. Istimewanya PTK untuk guru ialah ironi yang tersirat. Saya rasa golongan Guru adalah yang paling bertuah sekali. Sebabnya? Ya lah..sebelum ini, kita di kelas sibuk menyediakan murid2 kita untuk menghadapi peperiksaan; tak kira lah ujian bulanan, penggal, awam dan sebagainya. Pelbagai tips diberi. Dan saya rasa, kita kena guna balik tips2 itu untuk kita juga. Kalau kita tengok profession awam di negara kita, hanya profesion kita aje yang secara langsung dan tidak langsung melibatkan peperiksaan  2 hala; peperiksaan untuk anak murid kita dan untuk kita sendiri. Kita boleh, sebab kita GURU. Selamat menduduki peperiksaan PTK.

Friday, July 9, 2010

Pengurusan & Pentadbiran Peperiksaan

Salam Bahagia..

Pada tahun 2007, Bahagian Sekolah KPM (saya tak pasti samada LPM tahu ke tak)membekalkan satu unit Mesin Scanner. Mesin ini tujuannya ialah untuk scan kertas jawapan OMR dan dengan program/software yang dibekalkan tu, maka pemeriksaan bagi kertas objektif menjadi amat mudah sekali. Banyak sekolah di Sabah mendapat bekalan ini termasuk sekolah saya. Sewaktu itu saya belum mengambil alih unit peperiksaan sekolah. Pada tahun 2008, apab ila saya ditugaskan di unit peperiksaan, saya mula 'explore' mesin ini. memang betul, amat mudah dan mempercepatkan proses pemeriksaan kertas objektif.
Tetapi di sebalik keghairahan saya dengan mesin ini, timbul pula persoalan-persoalan lain. Antaranya ialah kos kertas. Mesin tersebut memerlukan jenis kertas 100g (kalau tak silap) dan perlu dicetak mengikut sampel yang dibekalkan oleh KPM. Saya berjaya 'memujuk' Pengetua saya agar menyediakan peruntukan untuk mencetak kertas jawapan OMR tersebut. Banyak juga cabaran, antaranya ialah tiada 'khidmat lepas jualan' yang disediakan. Syarikat yang diberikan tender, berpangkalan di Sarawak. Baru tahun ini (2010)ada syarikat Sabah yang diberi tender. Syarikat ini membuat 'roadshow' ke daerah saya, dan entah betul atau tak, atau saja nak ambil hati kami, dia kata, hanya sekolah kami  sahaja di Sabah yang menggunakan secara maksimum mesin ini sejak tahun 2008 hingga kini. Dia kata sedemikian berdasarkan Data mesin yang menunjukkan sejumlah 17,000 helai OMR telah di'scan' sepanjang tempoh tersebut.

Tetapi persoalan saya seterusnya amat membingungkan saya sendiri! Asalnya mesin ini dibekalkan oleh KPM dan softwarenya tara-tara mempunyai logo KPM.  Maka, dalam pendapat saya, KPM sepatutnya bertanggungjawab dalam membekalkan maklumat lanjut ataupun software software yang terkini versinya. Rupa-rupanya tidak!! Mesin tersebut akan tamat warranty 3 tahunnya bulan ini. Dan mengikut syarikat ini, versi terkini merupakan Versi 9 konon! Kami masih dengan Versi 1 trial. Saya minta la versi baru. Laaaaa....rupa-rupanya untuk dapat versi baru ini, kami kena beli dengan kertasnya sekali, barulah mereka akan updatekan dengan versi terkini. Saya terlopong dan bingung lagi dengan cara-cara urusan yang terselindung begini!. Nasib baik lah Pengetua saya amat memahami fungsi peperiksaan, maka beliau mengusahakan juga sejumlah peruntukan untuk tujuan pembelian kertas, maka kami akan dapatlah versi baru program dengan pembelian tersebut.

Saya berpendapat sepatutnya Bahagian Sekolah KPM yang pada awalnya bertanggungjawab dengan pembekalan mesin ini, tak sepatutnya lepas tangan. Mungkin perlu ada peruntukan khas untuk pembelian kertas OMR ini, ataupun dibekalkan terus ke sekolah kertas tersebut mengikut jumlah yang diperlukan. Begitu juga dengan software terkininya. Malu dan terkedu saya apabila saya dengar banyak sekolah di Semenanjung menggunakan mesin ini dengan versi terkini. Dan lebih menarik lagi, pihak Jabatan Pelajaran Sabah, bagaikan tidak tahu menahu tentang mesin ini. Saya tidak pasti samada Lembaga Peperiksaan Malaysia tahu atau tidak.

Pihak LPM sepatutnya boleh memainkan peranannya dengan mengesyorkan agar semua sekolah menggunakan mesin ini. Bayangkan, 99% guru di Malaysia (mungkin) masih lagi memeriksa kertas objektif secara manual. LPM mempunyai sejarahnya yang cukup gah bukan sahaja di Malaysia, malah di rantau Asia. Banyak perkara baru dalam aspek penilaian dan peperiksaan yang dipelopori oleh LPM mengalahkan negara-negara lain di rantau ini. (Sila rujuk website LPM untuk maklumat lanjut tentang pencapaian mereka). Secara berbandingan, cikgu saya dulu, memeriksa kertas objektif secara manual, dan kini saya juga memeriksanya begitu. Dan barangkali mungkin juga cikgu-cikgu yang akan datang.

Pihak LPM juga boleh membangunkan program pemprosesan markahnya tersendiri dan bekalkan kepada sekolah-sekolah. (Baru-baru ini kami beli satu aplikasi pengurusan markah peperiksaan, hmmmm..tak hebat mana pun!!) bagus lagi aplikasi yang dibuat oleh cikgu saya, saudara Jainudin Bujang. Dan saya memang percaya dengan kepakaran KPM/LPM kita ini. Baru-baru ini saya berpeluang untuk melihat proses masuk data/pengisian NKRA..wow..very impressive..main tekan tekan dan masukkan data, amat simple sekali. So, takkanlah LPM tak ada kepakaran sedemikian?? Saya percaya kalau banyak perkara yang kita boleh hasilkan sendiri, barangkali kita boleh kurangkan belanja kita beli dari orang lain.

Pengalaman saya secara langsung dan tidak langsung dalam aspek peperiksaan, mendedahkan saya tentang betapa pentingnya peperiksaan. Tetapi sebenarnya apa yang lebih penting dari itu, iaitu aspek-aspek pengurusan peperiksaan. Sebagai SU Peperiksaan sekolah, banyak kali saya menyuarakan rasa tidak puas hati saya bagaimana menyimpangnya aspek-aspek pengurusan peperiksaan, dari mula guru menyediakan soalan peperiksaan, percetakan, pembungkusan, pemeriksaan, pengisian markah dan pengumuman keputusan, segala galanya saya cuba baiki dan perbetulkan. Saya bernasib baik kerana pengalaman menjadi Ketua pengawas, Ketua Pentaksir, Ketua pasukan pemeriksa dan seumpamanya membekalkan sekurang-kurangnya ilmu yang amat berguna. Adakalanya saya tewas apabila tidak dapat mempengaruhi rakan rakan tentang pentingnya pengurusan peperiksaan, malah arahan saya agar kertas peperiksaan disediakan dengan mengambil kita JSU, dibungkus dan lain-lain pun, pernah disindir dan herdik kononnya saya melebihi LPM. Saya tidak kisah sebab saya berpegang pada prinsip asas peperiksaan. Tidak kira samada soalan datang dari LPM atau dari sekolah ianya perlu ada nilai-nilai peperiksaan dan mendukung ciri-ciri amalan pengurusan peperiksaan yang betul.

Saya rasa sudah sampai masanya LPM menambah satu lagi fungsi dengan memasukkan agenda pengurusan peperiksaan di sekolah. Selain dari aspek pembinaan item, aspek teknikal pengurusan peperiksaan di sekolah juga perlu dimantapkan. Justeru itu, saya amat bersyukur apabila menerima dan menggunakan mesin scanner untuk memeriksa kertas jawapan OMR. Satu sajalah masalahnya, kalau mesin tu rosak lepas dari ini...hmm..tak tahu apa nak cakap. Belanja pembaikan tinggi, sebab semua partsnya dari USA.

http://www.cikgumailmenulis.blogspot.com/
SMK Pekan Kota Belud.

Thursday, July 8, 2010

Ujian & Peperiksaan

Salam Bahagia..

Sebut sahaja ujian dan peperiksaan, maka semua mengeluh. Ada pro dan kontra.  Manusia dilontar ke dunia ini pun gara-gara "gagal" dalam ujian & peperiksaan, subjeknya "Keimanan & Ketakwaan". Maka hidup manusia penuh dengan segala macam ujian dan peperiksaan.
Berbalik pada Ujian & Peperiksaan dalam konteks akademik, ianya berlaku sejak mulanya peradaban manusia. Apakah perlunya peperiksaan ini dalam konteks pendidikan? Bagi saya..memang perlu. Objektif peperiksaan amat mudah iaitu untuk mengesan, menilai dan seterusnya mengiktiraf kebolehan, kepakaran dan pencapaian seseorang dalam bidang tertentu. Ini ialah asas Peperiksaan. Lazimnya kebolehan dan pencapaian seseorang itu selari dengan pencapaiannya dalam sesuatu peperiksaan. Namun ada kalanya keputusan peperiksaan itu tidak menggambarkan pencapaian sebenar seseorang. Bagi mereka yang menyokong klise ini mempunyai berbagai alasan. Antaranya, katakan seorang pelajar pintar itu, jatuh sakit semasa menduduki peperiksaan, sudah tentu pelajar tersebut mungkin tidak boleh menjawab dengan baik berbanding sewaktu dia sihat. Yang lainnya berpendapat adalah tidak adil dan tidak masuk akal bila mana pelajaran yang dipelajari selama 2 tahun umpamanya, hanya diuji dalam tempoh 2 atau 3 jam di bilik peperiksaan. Pendapat pendapat ini kadang kala mempunyai asas. Sehubungan dengan itu, saya amat kagum dan berbangga dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian kita amat cepat 'menghidu' kepincangan-kepincangan ini. Justeru itu, bagi memberi peluang yang lebih terbuka, adil dan munasabah, maka berbagai kaedah pengujian diperkenalkan. Antaranya ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kebolehan pelajar ditaksir di sekolah dalam pelbagai subjek. Dan ianya diambil kira sebagai tokoktambah nilai dalam peperiksaan awam. Secara kasarnya begitulah ujian dan peperiksaan di sekolah di negara kita.

Di sebalik isu ini, muncul pula isu lain. Pada zaman 60an dan mungkin lebih awal dari itu, nilai keputusan peperiksaan, contohnya, peperiksaan Darjah 6 (dulu-dulu) amat tinggi sekali. Kehidupan seseorang mungkin berubah dengan adanya "Sijil Darjah 6"  ini, itu belum lagi diambil kira LCE/SRP, MCE/SPM dan HSC/STP. Sungguh tinggi, dan memang amat tinggi nilainya sijil-sijil dari peperiksaan berkenaan.

Kadang-kadang sebagai seorang pendidik, dan juga sebagai pendokong setia dasar kerajaan, memang panas juga telinga ini apabila terdengar sindirin-sindirin (yang memang berasas) yang memperlekehkan sijil UPSR, PMR dan SPM. Persoalan mereka, "Cikgu, sijil UPSR dan PMR tu untuk apa bah, cikgu?" Dan seperti biasa, saya senyum dan beredar. Memang saya tak ada jawapan.

Monday, July 5, 2010

UPSR dan PMR

Salam Bahagia..
Sebagai yang menurut perintah permintan YAB Timbalan Perdana Menteri @ Menteri Pelajaran agar isu pemansuhan atau pengekalan UPSR & PMR tidak banyak diperdebatkan kerana ianya masih di peringkat perbincangan..maka tak banyak ruang untuk saya meluahkan pendapat..tambahan pula blog saya ini sudah di'attachkan' dengan blog KPM. Saya percaya apa sahaja perancangan atau dasar yang akan menyusur selepas ini, sudah tentulah mengambil kira segala aspek.  Kita tunggu dan lihat.

Tuesday, June 8, 2010

Teacher's Day Speech

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada semua kerana memberi ruang kepada saya selaku {Pengerusi Kelab Staf SMK Pekan Kota Belud untuk menyampaikan kata kata aluan dalam Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah kita pada pagi ini.

Pada tahun ini, sekali lagi dengan semangat tema Guru Pembina Negara Bangsa, kita, GURU, melangkah setapak lagi dalam arena profesion mulia penuh cabaran ini.

Tuan tuan dan puan puan,
Sebenarnya tiada kata-kata yang dapat diungkapkan untuk menggambarkan kemuliaan guru. Masyarakat masih menyanjung tinggi guru. Tetapi, kita seharusnya bermuhasabah diri apakah sanjungan dan kemuliaan yang ada pada profesion ini dan kemudiannya ditumpangkan pada kita yang pada asalnya hanyalah individu biasa masih kekal mulia? Adakah rasa gah jadi guru sedikit sebanyak telah menambahkan sifat egois kita?

Tuan tuan dan puan puan.
Dalam masyarakat dahulu dan juga sekarang, kumpulan guru dilihat dan dianggap golongan terpelajar dan berilmu tetapi bak kata ungkapan “Little Knowledge is dangerous” , ada kalanya kita senang serta selesa dengan ilmu yang ada, lantaran menghindarkan diri kita dalam pencarian dan penambahan ilmu. Ada kalanya kita sedar akan situasi ini, tetapi oleh kerana kita dibayangi oleh perisai kekebalan istilah GURU, maka kita meremehkan perkara lain terutamanya dalam proses mencari ilmu baru yang relevan dengan profesion kita. Sebagai contoh, Kalau 15 tahun yang lepas, komputer merupakan satu benda yang cukup asing sekali tetapi sekarang ianya merupakan antara komponen penting kehidupan. Cukup banyak cabang cabang ilmu pendidikan yang harus kita terokai. Ilmu-ilmu ini bukan hanya dalam pedagogi semata-mata tetapi segala urusan berkaitan pendidikan seperti pengurusan dan pentadbiran pendidikan.

Tuan tuan dan puan puan,
Kerjaya Guru bukan sekadar kerja semata-mata. Kalau kita renung kembali, sebenarnya kita membina kehidupan kita dengan hasil usaha kita sebagai guru. Walaupun imbuhan kewangan tidak menjanjikan kemewahan, sekurang kurangnya ‘dayung sudah di tangan, perahu sudah di air’. Namun amat pincanglah fikiran dan peradaban kita sekiranya kita masih berpendapat bahawa kerjaya guru hanyalah sebagai satu bentuk kerja atau ‘job’. Dalam semua fahaman agama, kita percaya bahawa satu taraf yang amat tinggi, digazetkan untuk guru. Maka, selain daripada sejenis pekerjaan, ianya juga merupakan satu ibadah. Bila ianya disamakan dengan ibadah, maka apakah pula istilah yang sesuai yang patut kita labelkan pada tempat kita “beribadah” ini? Apakah tertib yang harus kita amalkan? Kita harus fikirkan bersama.

Tuan tuan dan puan puan,
Bagi mereka yang baru sahaja menempuh alam perguruan ini, saya percaya tuan tuan dan puan puan telah bernekad untuk membawa diri masing masing ke tahap yang lebih tinggi dari hari semalam dan bagi mereka yang telah matang dalam bidang ini jangan jadikan diri dibuai bayangan mimpi indah malam tadi. Saya amat tertarik dengan cogankata sekolah kita iaitu “Berilmu dan Berketerampilan”. Sebelum kita semaikan cogankita ini pada anak anak pelajar, semaikanlah ia dulu dalam sanubari kita. Dua perkataan iaitu “berilmu” dan juga “berketerampilan” amat sesuai jika ianya menjadi satu tanda aras dalam diri kita. Saya juga ingin menyeru pada rakan rakan guru dan juga sebagai peringatan pada diri saya sendiri agar jangan goyah, kecewa dan alpa dengan segala bentuk cabaran yang kita hadapi dalam tugas harian kita, bak kata pepatah, “ular menyusur akar, tak hilang bisanya”. Kita seharusnya jangan sekali –kali tunduk dengan cabaran yang datang dalam berbagai bentuk, contohnya, suasana kerja, persekitaran masyarakat, mutu kesihatan, dan berbagai bagai lagi yang sentiasa mencari ruang kelemahan kita. Sebagai satu keluarga warga pendididik, kita seharusnya bersatu dalam apa jua keadaan dan tidak seharusnya bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing tetapi hendaklah “cubit paha kiri, paha kanan turut rasa sakit”.

Tuan tuan dan puan puan,
Masyarakat yang memuliakan guru, turut juga mengaibkan guru, dengan bidalan, “kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari”. Justeru itu kita juga harus sentiasa berwaspada dengan tutur kata, tingkah laku dan segala amalan kita agar ianya tidak mengiyakan bidalan tadi. Selain dari menjalani kehidupan sebagai seorang guru, kita jangan lupa bahawa kita juga adalah penjawat awam. Maka kita tertakluk dengan segala macam peraturan etika dan peraturan perkhidmatan. Tidak kira sesiapa sahaja di atas kita, sebagai penjawat awam kita tertakluk pada konsep “Government Of The Day”. Dalam perkara perkara sebegini kita tidak mempunyai banyak pilihan. Kita juga turut menjadi medium atau perantara untuk menyebarkan dasar dasar dan polisi kerajaan dan juga pelaksananya. Sekiranya kita beranggapan bahawa sesetengah dasar atau polisi kerajaan tidak berjaya terutamanya dalam arena pendidikan, maka kita harus sedar bahawa kita juga lah merupakan sebahagian kecil yang bertanggungjawab dalam menggagalkan perkara tersebut, sebagai contoh, seperti yang berlaku pada PPSMI. Kalau kita tidak menjadi garam untuk mengawet ikan, jangan pula kita bertukar menjadi ulat yang merosakkan ikan tersebut.

Akhir kata, saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi tinggi ucapan terima kasih dan penghargaaan saya khususnya kepada Tuan Pengetua yang banyak memberi sokongan dan dorongan, para pentadbir, ahli jawatankuasa Kelab Staf, semua warga SMK Pekan Kota Belud di atas sumbangan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah kita ini. Sesungguhnya setiap detik saya bersama tuan tuan dan puan puan serta anak anak pendidik , merupakan ‘guru’ saya kerana anda lah, saya berada di sini. Selamat Hari Guru. Terima kasih, Cikgu.

Wednesday, June 2, 2010

Ten Warning Signs That Your Child Is Having Trouble in School

Believe it or not, some children fly through primary school. Their grades are great, their teachers love them, and homework is never a hassle. As teacher, we've met tese kind of pupils in our career. Along the road from year one to year six, most kids hit a few potholes. As a parent, it can be hard to know which problems fall into the "don't worry, it'll sort itself out" category, and which ones require you to step in. Here are some of the signs that we can look for:


01. Your child works extra hard on homework, but still gets C's and D's. A temporary dip in grades can be normal and due to some fleeting problem, but a habitual disconnect between earnest work habits and good grades should make you suspect that your child might have an undetected learning disability.

02.You find that your child is constantly distracted while doing his homework. Sometimes homework problems are just a matter of needing a snack or a little time to play. Occasionally, a change in venue helps-some kids concentrate better tucked in their rooms away from any possible distraction, others have an easier time buckling down if they sit at the kitchen or dining room table while Mom or Dad bustles around fixing dinner. But if these measures don't help, think about Attention Deficit Disorder (ADHD), a learning disability, or one of the conditions that mimics ADHD.

03.Your child usually does his work, but often can't find it when it's time to turn it in. Try some common-sense approaches to getting organized, but if these don't work, note that disorganization that severely undercuts a child's performance is a possible sign of ADHD.

04.Your child works hard and usually gets A's. The problem is, she seems overly upset at the prospect of getting anything less than an A. Children who are perfectionists sometimes suffer from stress-related symptoms (such as headaches or chronic stomachaches). They also may miss out on some of the fun of childhood because they are overly focused on academic success. It's important for these children to hear, early and often, that you love them for who they are, not for their accomplishments.

05.Your child works hard, but does much better in some subjects (say, math) than in others (say, reading). While it is completely normal for children to have academic strengths and weaknesses, if one or more subjects are proving to be an intense struggle, it may be a tip off to a learning disability.

06.Your child simply doesn't care about school work. It would be great if all children found schoolwork endlessly fascinating, but that simply isn't the case. For better or worse, part of what children learn in school is the ability to work on things that don't interest them very much. A child who doesn't care about school ought to be able to do passable work and still have plenty of time to do the things that really interest him (computers, sports, stamp collecting, etc.). When a child who says that he "doesn't care" also doesn't do any work, the poor attitude may be covering up Attention Deficit Disorder (ADHD), a learning disability, or perhaps even depression.

07.Your child is bored a lot of the time in school. Some teachers are more exciting than others, but persistent boredom in several different classrooms suggests something other than just lackluster instruction. Other potential causes to consider include a learning disability, ADHD, or giftedness. Children who pick up information and skills particularly quickly often face both social and academic challenges. A school learning problems assessment often can help identify giftedness, as well.

08.Your child complains that she has "no friends at school." If you only hear this every once in a while, chances are your child is just reacting to the normal social disappointments and strains that come with school life. If you hear it consistently, however, take note: Having friends and getting along is a tremendously important part of the school experience. A child who is struggling in this arena needs help.

09.Your child does his homework, but only after you nag, yell, and threaten him with punishment. This is a very common trap that parents fall into: The more responsibility they take for insuring that their child's homework gets done, the more irresponsible their child becomes. As a remedy, consider allowing your child to experience the consequences of his own actions (or lack of action) on the homework front. Turn the responsibility back over to him. Parents are often surprised to see their "irresponsible" children begin to take charge of their homework once the adults let go.

10.Your child never seems to have enough time to do her homework. Sometimes the problem is a learning disability as discussed above. But many children these days are simply overscheduled. They may have softball two nights a week, music lessons, dancing, Sunday school, and perhaps a school play! These children may need help setting priorities and saying "no." In the end, children who take on too much are not necessarily more successful. Although it may seem frivolous to leave a child with what an adult might dismiss as "nothing to do," some of the most important learning takes place when children are left to their own devices to wonder, daydream, and explore.

Source: by Robert Needlman, M.D., F.A.A.P.

Nikmat Mencipta - The Joy of Originating

Salam Bahagia...

Kepuasan ialah tujuan dan puncak segala usaha manusia. Kepuasan yang amat ketara dan mendalam ialah nikmat yang terhasil daripada mencipta sesuatu, lebih-lebih lagi jika perkara atau bahan yang dicipta itu mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara. Sir Wilfred Grenfell mengatakan, " Real joy comes not from ease or riches or from the praise of men, but from doing something worthwhile..." Dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam, ada kalanya dengan sedikit minat dan kreativiti, kita boleh mencuba untuk mempercepatkan sesuatu proses kerja dengan mencipta satu kaedah baru, barangkali proses kerja yang memakan masa satu minggu misalnya, boleh dipendekkan menjadi 2 hari dengan sistem yang kita cipta. Di situlah datangnya kepuasan dan nikmat atas usaha kita itu. Amalan positif yang terbit dari nilai ini ialah:

01.  Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan
02.  Sentiasa berada dalam cabaran intelektual
03.  Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah
04.  Over-zealous dengan pekerjaan
05.  Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru alam pentadbiran
06.  Senang 'bermain' dengan idea dan berani mencuba

Amalan negatifnya pula:

01.  Berpuashati dengan kedudukan yang sedia ada
02.  Takut menemui kegagalan
03.  Memandang remeh usaha orang lain
04.  Pemikiran tidak dinamik
05.  Mempertahan status quo secara membuta tuli
06.  Tidak suka pembaharuan
07.  Tidak sabar dalam penciptaan baharu

Sumber: Intan Malaysia, 1992

Peningkatan bakat - The Improvement of Talent

Salam bahagia...

Semua manusia mempunyai bakat, cuma berbeza sikit atau banyak di antara individu. Dengan adanya bakat dan diperkukuhkan dengan minat yang mendalam, ia boleh mendorong kepada penciptaan, inovasi, penghasilan produk dan penyelesaian masalah yang rumit. Penjawat awam perlu menyedari bakat yang ada pada dirinya dan kemudiannya inanya boleh dipupuk dan dimanfaatkan selaras dengan tugas dan tanggungjawabnya. Antara amalan positif peningkatan bakat adalah:

01.  Memberi dorongan terhadap kreativiti
02.  Memberi pengiktirafan kepda usaha-usaha yang original
03.  Memberi galakan kepada pemikiran baru
04.  Berani mencuba idea-idea yang baru
05.  Mengenal bakat-bakat yang ada
06.  Memupuk bakat-bakat yang ada
07.  Menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kreatif
08.  Menggalakkan percambahan fikiran
09.  Menyediakan persekitaran dan suasana yang dapt melahirkan idea-idea kreatif

Amalan negatif yang perlu dijauhi:

01.  Menyekat pemikiran baru
02.  Tidak menggalakkan percubaan
03.  Takut mencuba sesuatu yang baru
04.  Tidak menghargai bakat yang ada
05.  Memperkecilkan usaha-usaha original
06.  Mengekalkan suasana yang tidak menggalakkan kreativiti
07.  Berpuashati dengan tahap bakat yang ada.

Sumber: Intan Malaysia, 1992

Keutamaan Kesabaran - The Virtue Of Patience

Salam Bahagia...

Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wassallam ) bersabda bermaksud, " Sabar itu salah satu daripada cabang Iman seperti kepala sebahagian daripada tubuh badan.." Kemuliaan dan kepentingan sifat sabar itu tidak perlu dikatakan lagi. Semua kita tahu akan sifat ini tetapi berapa ramai yang menghayatinya? Dalam menjalankan kewajipan sebagai seorang penjawat awam, sifat sabar amat perlu dalam melaksanakan tugas. Amalan positif sifat sabar ini adalah seperti berikut:

01.  Tenang menghadapi masalah rumit
02.  Mempunyai perhitungan jauh
03.  Tahan menerima cabaran
04.  Tidak putus asa
05.  Pemaaf dan berhemah tinggi
06.  Cermat dalam tutur kata

Manakala sifat negatifnya ialah:

01.  Selalu mengubah pendirian dan keputusan
02.  Tidak sanggup berkorban
03.  Takutkan cabaran
04.  Lekas mengalah
05.  Berpandangan sempit
06.  Tidak tahan menghadapi kesusahan
07.  Tidak bertanggungjawab

Sumber: Intan Malaysia, 1992

Kebijaksanaan Berhemat - The Wisdom Of Economy

Salam Bahagia....

Peribahasa Cina : "He who will not economise, Will have to agonise.." Seseorang yang tidak mahu berhemat, terpaksalah hidup melarat ataupun sekadar cukup makan sahaja. Lazimnya sikap berhemat dikaitkan dengan wang ringgit, namun ianya juga boleh dikaitkan dengan perkara lain, umpamanya masa, bahan, kata-kata dan penggunaan apa sahaja termasuklah sumber alam dan tenaga. Orang yang berhemat itu menggambarkan sifatnya menghargai perkara/benda yang dicermatkan itu. Selain dari sikap bertanggungjawab, perkara/bahan yang digunakan itu hendaklah digunakan dengan cermat, teliti dan secara berhemah. Sebagai penjawat awam, kita tidak terlepas dari dipertanggungjawabkan ke atas setengah-setengah peralatan/bahan/perkara/item yang digunapakai dalam tugas harian kita. Lantaran itu, sifat berhemat perlu diamalkan. Antara amalan positif sifat berhemat adalah:

01.  Berhati-hati bila berbelanja
02.  Accountable
03.  Tidak membazir harta kerajaan
04.  Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan
05.  Menyelenggara harta benda kerajaan dengan baik
06.  Bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan
07.  Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
08.  Menyedari bahawa hasil kerajaan datangnya daripada rakyat

Manakala amalan negatif yang perlu dijauhi ialah:

01.  Boros dan suka membazir
02.  Memperaga kehebatan dan kemewahan
03.  Suka bermewah dengan harta kerajaan
04.  Tidak cermat dengan harta kerajaan
05.  Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
06.  Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam

Sumber: Intan Malaysia: 1992

Saturday, April 24, 2010

Kewajipan Menjalankan tugas - The Obligation Of Duty

Salam bahagia...
Tugas ialah tanggungjawab yang ditetapkan bagi seseorang yang hidup bermasyarakat. Tugas tiap seseorang itu akan terkumpul menjadi hasil yang besar kepada sesuatu masyarakat yang akan menentukan untung-rugi produktiviti mereka. Tugas mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna. Sebarang proses yang tidak menepati empat kriteria tadi maka hasilnya akan menjadi cela, rosak, lambat, tidak berguna membazir dan seterusnya mendatangkan kerugian dari segi wang, tenaga manusia, masa dan peralatan. Oleh yang demikian, sesuatu tugas itu memerlukan pengurusan yang baik supaya tugas dapat dikendalikan secara berkesan agar mencapai matlamat. Dalam Tonggak 12, antara amalan positif nilai ini ialah:
1.  Sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan
2.  Tekun dan sabar menjalankan tugas
3.  Selalu mempunyai inisiatif sendiri
4.  Boleh diharap untuk menyempurnakan tugas
5.  Mementingkan kualiti
6.  Cergas dan pantas bekerja
7.  Cermat dan berdisiplin dalam segala perkara
8.  Accountable
9.  Sentiasa belajar dari kesalahan
10.Bersikap profesioanl dan cekap

Dan amalan negatif dan dilarang pula ialah:
1.  Mudah menyeleweng daripada tanggungjawab
2.  Tidak boleh diharap
3.  Suka membangkang atau berdalih apabila diberi tugas
4.  Tidak taat kepada arahan
5.  Tidak bersungguh-sungguh
6.  Suka bertangguh
7.  Mengelak daripada tanggungjawab
8.  Tidak peka kepada kualiti
9.  Menggunakan harta kerajaan seperti harta sendiri
10.Bekerja sambil lewa
11.Tidak cermat dengan harta kerajaan
12.Sentiasa membuat kesilapan kerja
13.Tidak ikut peraturan
14.Mengabaikan nasihat dan tunjuk ajar
15.Tidak suka membantu rakan sejawat
16.Berniaga di waktu pejabat

Sumber: INTAN Malaysia, 1992

Tuesday, April 20, 2010

All Work..

Salam Bahagia...

Well..we meet again. I was quite occupied with my work recently....teaching..and other things such as running MBI courses. I went to Kota Marudu the other day..and then to IPG Kent. We have two components, Pedagogy and Proficiency. Pedagogy for new comers and  old timers, those who are English optionists, both from primary and secondary while Proficiency for non-optionists from the primary schools. The result? Hmm..it's too early to jump into any conclusion...We will see later on.

Monday, March 22, 2010

Pengaruh Teladan - The Influence of Examples

Salam Bahagia...

Manusia hidup bermasyarakat dan masyarakat itu dipimpin oleh seorang pemimpin atau sekumpulan pemimpin, maka segala gerak geri pemimpin menjadi ikutan masyarakat itu. Kadang-kadang ada kekeliruan yang timbul di antara istilah  ketua dan istilah pemimpin. Seorang ketua tidak semestinya menjadi pemimpin, tetapi seorang pemimpin boleh menjadi ketua. Bagi menjadikan kita sebagai seorang pemimpin, maka telah digariskan amalan-amalan positifnya dalam Tonggak 12. Di antaranya ialah:

1.   Sentiasa berkelakuan baik
2.   Tidak tamak kepada harta dan kedudukan
3.   Bermoral dan berakhlak tinggi
4.   Tertib dan beradab sepanjang masa
5.   Rajin dan kuat bekerja
6.   Amanah dan bertanggungjawab
7.   Jujur dan ikhlas dalam setiap usaha
8.   Mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri
9.   Berpandangan jauh
10. Berdisiplin dalam semua tindakan
11. Sanggup berkorban setiap ketika
12. Bekerjasama untuk kebaikan
13. Sederhana dalam tindakan dan tutur kata
14. Berani mempertahankan kebaikan dan kebenaran
15. Berbudi mulia serta merendah diri
16. Gemar dan cintakan ilmu yang bermanfaat
17. Bersih hati dan fikiran

Manakala sifat-sifat negatif yang perlu dihindari ialah:

1.   Buruk perangai dan tingkahlaku
2.   Jahil dan tidak suka membaca
3.   Hasad dengki dan buruk sangka
4.   Mempersendakan agama
5.   Kedekut dan bakhil
6.   Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab
7.   Suka mengumpat dan mengadudomba
8.   Terlalu sensitif dan cepat marah
9.   Tidak kenal budaya sendiri
10. Hipokrit serta berpura-pura
11. Tidak berpandangan jauh

Sumber: Intan Malaysia, 1992

Monday, March 15, 2010

STPM 2009

Salam bahagia...

The result is out. Those days, when talking about STPM..it was something great. Entering Form 6 is great and then sitting for STPM is even greater. Why? Because the values that Form 6 carries. The work market, then..still look up upon STPM holders. You can easily apply for a job with STPM qualification. And to enter our public universities, it was a tough competition since we have limited Universities those days. Forget about Universities if we just optains 3 weak Principals. No use att all.
As for my career, if you have STPM, then, your salary scheme is higher than your SPM scheme. It was during C1 and C2 in 1990s. I entered with SPM qualification...which was categorized as C2, starting pay RM575 (1990), and we can upgrade to C1, if we have STPM qualification, starting pay RM8++.00. So, I sat twice as private candidate (1991 & 1992) to obtain that level. I did in 1992 but the scheme has changed to DG6, means that all who possess SPM, STPM and Diplomas qualifications will be in one scheme (DG6) with different starting level (T) dan stage (P). They considered my STPM and gave me HPG (Hadiah Pergerakan Gaji), I thanked Allah. Now..Im teaching MUET for the Form 6. My wife, the Form 6 senior assistant revealed many things about Form 6 and STPM (and also about the lecturers of Form 6). I got to know how the results are graded. Its not just the Principals and Subsidiaries as it used to be. It now possesses points and Average Point Values and things like that. Do you believe that the points of 3 solid Principals can be higher than those 5 Ps? Yes..believe it. Time changed. We have over 20 of public universities. As the motto of AirAsia, "Now Everyone Can Fly", "Now Everyone Can Enter Universities" will be our national motto for Form 6 leavers.
Universities offering various kinds of courses ( the ones that I never heard before during my time). "We have to coop with the changes, with the demand, the market field, globalisation, social obligations, etc. etc.." they say. But some portions of the intakes for the courses are low achievers with minimum qualifications. We understand that one of the criteria to achieve Vision 2020 would be a comparison of the level of education of Malaysians. The higher their education level, it will be shown very significantly when comes to 2020. So, the strategy is, now, let everyone enter universities (eventhough they are not that qualified?).
In many parts in our education system, the quality of our education has been degraded rather than being upgraded (as they claimed ). Results of public examinations showing 'flying-colour' results. Each and every year... "The results showing great performance and achievements"...they claim and, of course as one of the fanatic supporters of my ministry, and a loyal government/public servant, I agree. But I have my dissatisfaction too. I cant hide. Numbers and figures can be manipulative but what about the quality of our students? There so many things that I wanted to say to the policy makers. About our curriculum, the implementation, the material, etc..but "Who am I?" Who can really arise this matter?

Saturday, March 13, 2010

Memperkukuh Bahasa Inggeris

Salam bahagia...

It's quite some time since I've posted my last piece of writing. well..I'm back now. So many things in my mind.
I would start with MBI. It stands for "Memperkukuhkan Bahasa Inggeris" - a national agenda as a continuition of ETEMS. One of the reasons (according to them) why ETEMS should be abolished is that (some...) English language teachers possessed little proficiency and little pedagogy in English language. I'm not really sure how to relate this to ETEMS. These teachers would be those non-optionists as well as fresh teachers especially those who have gone the KPLI intake. For the non-optionists, their proficiency level is low, they need enrichment, language based courses and so on. For the KPLI freshies, they need more exposure in pedagogy since their 1 year course in IPGs definitely cant cover everything. So, they came out with MBM (Memperkasa Bahasa Melayu) and MBI (Memperkukuh Bahasa Inggeris). Some of us..the English language optionist - the decendent of ETEMS JUs were selected to be trained as the JUs (Jurulatih Utama). The IPGs were given the task to run the course. Modules were prepared by ELTEC and selected IPGs, but we were given softcopies. We went through the modules. Not bad, similar to BSS. Some of the trainers were arguing about the pedagogical parts; not clear it seems, Im not sure. Our goverment/ministry/our system has a habit of having adhoc kind implementation of certain programmes, this might be one of it.
Sometimes I wonder, if one of the blames is on English language teachers who are not proficient enough, which system was they adhere before?

Monday, February 22, 2010

Kekuatan Sifat Baik Hati - The Power Of Kindness

Salam bahagia...

Kita berasa senang dan selesa apabila berada di kalangan orang yang baik hati. Rasa gentar, takut atau resah berkurangan malah mungkin tiada. Sifat semulajadi kejadian manusia ialah Sifat Fitrah yakni komposisi kejadian manusia ialah kebaikan semata-mata. Sifat Baik Hati ini berjaya diketepikan lantaran hasutan dan godaan syaitan. Justeru itu adalah penting kita sentiasa membajai sifat baik dalam diri kita agar ianya terus subur. Dalam Tonggak 12, sifat baik hati ini dinyatakan mempunyai kekuatan untuk membentuk peribadi kita sebagai seorang pekerja khususnya dan sebagai seorang manusia amnya. Di antara sifat positif nilai yang keenam ini ialah:

1. Bersopan santun setiap masa
2. Pemaaf dan berhemah tinggi
3. Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
4. Ikhlas dan bertimbang rasa
5. Pemurah dalam usaha kebaikan
6. Mudah mesra dan bekerjasama
7. Merendah diri
8. Berbudi mulia
9. Boleh menerima teguran
10.Berlaku adil dalam semua tindakan
11.Sedia menerima cadangan

Nilai negatif yang perlu dielak:

1. Kasar dan kurang sopan
2. Berdendam apabila tidak dapat sesuatu kemahuan
3. Bersikap tidak peduli terhadap teguran dan nasihat
4. Tidak bertimbang rasa
5. Mementingkan diri sendiri
6. Sombong, bongkak dan membesar-besar diri
7. Bermuka-muka
8. Cepat menghukum tanpa siasatan
9. Cepat menuduh tanpa siasatan
10.Suka mencaci
11.Suka menghina orang
12.Tidak boleh menerima kritikan
13.Cepat membuat kritikan

Sumber: Intan Malaysia 1992

Friday, February 12, 2010

Ketinggian Peribadi - The Worth Of Character

Salam Bahagia....

Peribadi seseorang ialah 'the total personality', wataknya, sikapnya, perilakunya dan gaya dia membawa diri dalam pergaulan sesama manusia. Pengalaman hidup juga membina watak seseorang, namun watak sahaja tidak memadai untuk membetuk peribadi yang baik. Dalam Tonggak 12, nilai kelima adalah berkaitan dengan Ketinggian peribadi seseorang. lebih tingginya keunggulan peribadinya, maka mulialah seseorang itu. Amalan positif nilai ini ialah:

1. Teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan
2. Menyempurnakan tugas dengan amanah
3. Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab
4. Berilmu dan berpengetahuan luas
5. Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan
6. Sedia berkorban
7. Berlumba-lumba membuat kebajikan
8. Kelas dalam pakaian, pemikiran dan tindakan
9. Bersifat penyayang
10.Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran
11.Bertimbang rasa tetapi tegas
12.Bersopan santun serta sederhana dalam kelakuan
13.Taat setia dan patuh pada arahan
14.Bersyukur dan menghargai kebaikan
15.Bersih dari sifat dengki
16.Berani dan berpendirian teguh
17.Bertanggungjawab dan sedia berbakti
18.Jimat cermat dalam segala aspek
19.Tertib dan baik budia bicara
20.Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas
21.Cekal menghadapi cabaran
22.Bekerjasama dan saling hormat menghormati

Manakala amalan yang perlu dihindari ialah:

1. Selalu berpura-pura dalam tindakan
2. Bersikap sombong dan suka menunjuk nunjuk
3. Sukar untuk membuat kebajikan
4. Suka mengumpat dan memfitnah rakan sejawat
5. Tamak dalam mengejar pangkat dan kedudukan
6. Gopoh dalam bertindak
7. Mengampu untuk mendapat pujian dan sanjungan
8. Mungkir janji
9. Suka menghina dan merendahkan usaha orang lain
10.Pemarah dan tidak sabar
11.Khianat dalam melaksanakan tugas
12.Berdendam serta hasad dengki
13.Bersungguh sungguh mempertahankan kelemahan dan keburukan diri
14.Suka membangkang tanpa cadangan untuk memperbaikinya
15.Mementingkan diri sendiri
16.Lembab dan malas berusaha
17.Pengotor dans selekeh dalam pembawaan
18.Tidak boleh dipercayai dan tidak amanah
19.Tidak bertimbang rasa dan memenetingkan diri
20.Suka membuat janji palsu
21.Bersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusan
22.Percaya kepada tahayul
23.Memfitnah orang lain
24.Suka mengintip salah silap orang
25.Tidak ada pendirian tetap
26.Tidak berdisiplin

Sumber: Intan Malaysia 1992

Thursday, February 4, 2010

Kemuliaan Kesederhanaan - The Dignity of Simplicity

Salam bahagia...



"Only those who have the patience to do simple things perfectly ever acquire the skill to do difficult things easily," Johann C. Schiller.



Sifat zuhud atau kesederhanaan merupakan sifat mulia seseorang. Kesederhanaan menolak keterlaluan dalam semua aspek amalan hidup kita. Keterlaluan dalam mengambil makanan contohnya, akan memudaratkan kesihatan. Begitu juga dalam tuturkata dan tindak tanduk kita. Dalam organisasi, bersikap sederhana menunjukkan ketertiban amalan tetapi jangan pula kesederhanaan itu disalaherti sebagai 'buat kerja ala kadar sahaja'. Dalam Tonggak 12, antara amalan positif nilai ini ialah:

1. Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan
2. Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan
3. Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
4. Bersifat pemaaf dalam pergaulan
5. Boleh menerima teguran
6. Berlaku adil dalam semua tindakan
7. Menapati janji
8. Sedia menerima cadangan dan nasihat
9. Jujur dan ikhlas
10.Merendah diri
11.Bijaksana dalam membuat pertimbangan
12.Bermaruah dan berhemah tinggi
13.Berjimat cermat
14.Cermat dalam kata-kata
15.Tidak memperagakan kemewahan
16.Mesra dalam pergaulan
17.Senang didampingi oleh semua pihak

Amalan-amalan negatif pula:

1. Menonjol-nonjol diri
2. Bercakap dengan menggunakan perkataan bombastic
3. Berkelakuan mengada-ngada
4. Sombong dan Meninggi diri
5. Menyukarkan persoalan yang mudah
6. Memperbesar-besarkan perkara yang kecil
7. Kedekut atau berlebihan dalam memenuhi keperluan organisasi
8. Berlebih-lebihan mengampu ketua
9. Memperagakan kemewahan dan kedudukan
10.Membazir dan merosakkan harta kerajaan
11. Kerap menghias diri di pejabat
12.Bersifat melampau dan keterlauan dalam semua hal.

Sumber: Intan Malaysia 1992

Wednesday, February 3, 2010

Keronokan Bekerja - The Pleasure of Working

Salam bahagia...

Adakah anda seronok dengan kerja yang anda buat? Atau adakah kerja anda itu semata-mata punca mencari nafkah yakni cuma sebagai asas mencari rezeki? Kalau bekerja itu semata-mata hanya sebagai punca rezeki, maka kita kehilangan seronok bekerja. Dalam Tonggak 12, Keseronokan Bekerja merupakan salah satu ciri-cirinya. Antara ciri positifnya ialah:

1. Menganggap kerja sebagai ibadat
2. Mempunyai inisiatif sendiri
3. Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
4. Mempunyai komitmen terhadap kerja
5. Sedia memberi kerjasama

Manakala amalan negatifnya pula:

1. Menganggap kerja sebagai beban
2. Tidak komited
3. Sentiasa mengharap dorongan oleh ketua
4. Tidak diberi masa yang mencukupi
5. Kerja tidak diiktiraf
6. Hanya menunggu arahan
7. Tidak berdisiplin
8. Tidak suka menolong
9. Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar
10.Tiada peluang untuk meningkat
11. Tidak dipercayai dan selalu dicurigai

Sumber: Intan Malaysia 1992

Monday, February 1, 2010

PJK

Salam bahagia...

Sepanjang minggu lepas, sekolah saya agak sibuk dengan penganjuran sukan tahunan. P & P berlaku dalam bentuk pelaksanaan ko-kurikulum. Sekolah saya memang tidak ada padang, maka aktiviti berbentuk sukan dan riadah amat terbatas. PJK pun sekadar teori tanpa praktikal. Walaupun begitu, pelajar dan semua guru amat ceria, bersemangat dalam menganjurkan sukan tahunan. Padang pekan biasanya menjadi lokasi pilihan utama, sekaligus menghidangkan satu acara sampingan kepada penduduk daerah yang dapat menyaksikan sukan sekolah.

Saya rasa sampai bila-bila pun sekolah saya tidak akan mempunyai padang sendiri. Satu realiti. So, bagaimana? Bagaimana mahu menyalurkan energi pelajar yang terkumpul dalam bentuk Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang sihat dan positif? Saya rasa penyelesaiannya tetap ada kalau duduk bersama dan berbincang. Amalkanlah Smart Partnership. Dengan siapa?

Berhadapan dengan sekolah ada sebidang tanah lapang kepunyaan penduduk kampung. Biasanya padang ini digunakan oleh anak-anak kampung di waktu petang sebagai tempat beriadah. Jadi?

Pihak sekolah, pejabat, PIBG dan AJK JKKK bolehlah duduk berbincang sekiranya tanah ini boleh digunakan secara bersama. Buatlah satu MOU yang ringkas dengan pihak tuan tanah. Pihak sekolah bolehlah membersihkan tanah ini, memesin rumput, membuat garis padang (ala kadar sekadar yang minima ) dan sebagainya. Mungkinkah JKKK akan membantah? Mungkin tidak sebab yang menggunakannya ialah anak-anak mereka. Masalah padang selesai. Ada masalah lagi?

Ada..... Apa dia? Hmm...cikgu-cikgu pulak berpendapat..hisskk..tak berbaloi la PJK 40 minit, nak jalan melintas jalan, arah pelajar..angkat peralatan..tukar pakaian.....tak berbaloi..buang masa...
Saya rasa boleh diatasi cabaran ini. Memang tak berbaloi kalau hanya satu kelas yang diarahkan berPJK, cuba gabungkan beberapa kelas...dan juga masanya..misalnya 1 1/2 jam. Gabungkan 4 kelas contohnya. Asingkan pelajar lelaki dan perempuan. Yang lelaki diajar oleh guru lelaki, manakala yang perempuan dilatih oleh guru perempuan. Bukannya tak cukup cikgu. Buat selang satu minggu. Pilih hari-hari tertentu. Atur jadual. Cuba fikir. Kalau mahu, latihan kawad unit beruniform, asas2 berkhemah ke, dan lain-lain seumpamanya boleh dilaksanakan di sana.

Aiseh.....bab-bab nak fikir dan buat kerja ini lah, orang kita akan berfikir paaaaaanjang. Nanti habis bateri minda. Pengetua? Dia dah nak bersara wajib dah. Siapa nak fikir? Tunggu Pengetua baru datang dan berfikir bagi pihak kita. Hmm..lepas dia berfikir, mahu ikut ke kita?

Err..tunggu dulu.

Ketekunan membawa kejayaan - The success of Perseverence

Salam bahagia...



Ketekunan amat dituntut dalam kita melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dan yang dipertanggungjawabkan ke atas kita. Di antara amalan positif nilai ini sebagaimana digariskan dalam Tonggak 12 ialah:



1. Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar

2. Rajin dan sentiasa berusaha

3. Tekun dalam menjalankan tugas

4. Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan

5. Berdisiplin dalam menghadapi cabaran pekerjaan

6. Berpandangan jauh

7. Bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diarah

8. Sanggup berkorban

9. Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas

10.Tidak patah semangat

11.Bercita-cita tinggi



Amalan Negatif



1. Mudah tersinggung

2. Kurang berdisiplin

3. Mudah putus asa

4. Tidak tekun

5. Mudah mengalah

6. Tidak bercita-cita tinggi

7. Tidak bersemangat

8. Tidak tahan kena marah

9. Tidak ada inisiatif

10.Tidak kreatif

11.Suka bertangguh

12.Disuruh buat, baru buat

13.Asal buat



Sumber: Intan Malaysia 1992

Tuesday, January 26, 2010

Sekolah Prihatin

Salam bahagia...

Sudah masuk tahun ke 8, saya menghantar anak-anak saya ke SK St Edmund. Anak sulung saya, kemudian anak kedua saya dan juga anak bongsu saya. Rasanya sekolah ini antara yang agak baik di daerah ini, maka tidak hairanlah ia menjadi pilihan ibubapa. Guru-gurunya ramai yang berdedikasi dan berkomitmen tinggi. Justeru ianya merupakan antara aset utama sekolah ini. Rata-rata ibubapa yang menghantar anak-anak ke sini terdiri daripada golongan profesional, pegawai tinggi kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan, orang-orang yang agak kaya-raya, anak peniaga dan sebagainya. Dulunya Pejabat Pelajaran Daerah dan juga Pejabat Pendidikan PBU terletak tidak sampai 200 meter dari sekolah ini (sekarang tidak, PPD sudah berpindah lokasi).

Apa yang boleh dipertingkatkan ialah sistem kenderaan ibubapa dan juga jalanraya ke sekolah ini. Pada tahun lepas, ketika ibubapa sibuk nak mengambil pulang anak-anak dari sekolah ini, maka sibuklah juga kontraktor yang sedang menjalankan kerja-kerja menampal jalan....ingatkan seluruh jalan akan diturap, hmmm..tidak juga. Ingatkan semua rekahan dan lubang akan diturap....lagi lah tidak. Kerja dijalankan acuh tak acuh. Ibubapa yang setiap hari menghantar dan mengambil anak-anak dapat merasakan sendiri.

Kedua..cara ibubapa menunggu anak-anak. Pihak sekolah seboleh-bolehnya mengemukakan rayuan kepada Pegawai Daerah atau pihak JKR atau yang berkenaan untuk membuat garisan jalan agar lebih bersistematik. Ibubapa pula boleh disarankan agar menggunakan satu sistem menghantar dan menunggu anak yang lebih selamat dan bersistematik. Kadang-kadang risau juga bila ada lori dan juga kenderaan lain yang rasanya macam tidak mempedulikan murid-murid sekolah apabila melalui kawasan ini. Ada jalan lorong yang bersebelahan sekolah ini yang merupakan jalan utama. Itu yang merisaukan apabila pemandu yang menggunakan jalan tersebut tidak berhemah. Cubalah PIBG dan sekolah ambil sesuatu tindakan.

Masih juga tentang jalan. Kali ini di SMK Pekan KB2. Sekolah besar, cantik, berpotensi untuk lebih cemerlang. Pelajar-pelajarnya kian bertambah. Cerita yang sama juga. Di waktu puncak iaitu 6 40 pagi dan juga 1 10 tengahari...boleh dilihat kenderaan menuju sekolah ini berbaris panjang. Pengawal tidak membenarkan kenderaan luar memasuki kawasan sekolah. Satu tindakan yang baik. Di luar ada disediakan kawasan menunggu. Tapi....semua orang mahu cepat, termasuk saya. Jalan dua lorong iaitu masuk dan keluar dari sekolah ini bertukar jadi jalan satu lorong..apabila kenderaan diletakkan kiri kanan...Dulu tidak ketara..sebab pelajar tidak ramai tetapi kini pelajar kian bertambah, maka kenderaan juga bertambah.

Pihak pentadbiran sekolah harus memikirkan satu kaedah untuk jangka masa panjang, jangan terlepas pandang, ajak PIBG dan lain-lain berbincang, masalah boleh diselesaikan.

Menghargai Masa - The Value of Time

Salam bahagia...

Hari ini, saya ingin menarik perhatian pembaca sekelian ke salah satu tonggak 12 iaitu "Menghargai Masa". Kita sebagai kakitangan kerajaan ataupun sebagai seorang pekerja perlu menitikberatkan kepentingan aspek menghargai masa ini. Dalam perkhidmatan kita, apa yang kita boleh amalkan ialah:

1. menepati masa
2. menyegerakan tugas
3. mempunyai perancangan waktu
4. bijak menguruskan tempoh masa yang diberi
5. menumpukan masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif
6. menetapkan target date untuk menyiapkan kerja
7. menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan


sumber: Intan Malaysia 1992

Kita harus lupuskan istilah 'Malaysian time' iaitu kalau mesyuarat dijadualkan pada 10.00 pagi, maka hampir 10.30 baru dimulakan. Cuba renung kembali mesyuarat terakhir yang anda hadiri. Pukul berapa mesyuarat tersebut? Pukul berapa anda hadir? Pukul berapa mesyuarat dimulakan?

Monday, January 25, 2010

Tonggak 12

Salam semua..

Kita Kakitangan kerajaan. Dalam pentakrifan kakitangan kerajaan, umum mengetahui kita akur dengan perintah "Government Of The Day". Tak kira lah siapa yang memerintah, kita kena akur dengan konsep "Government Of The Day".

Sekarang ini, cuba kita lihat ke dalam hati nurani kita, secara ikhlas...kita rendahkan ego kita sikit...jawab pada persoalan "sejauh mana kepatuhan kita pada kerajaan?" Kalau kita baru masuk perkhidmatan awam...pernah kah kita rasa bersyukur? (padahal ada setengah kawan2 saya asyik mengutuk kerajaan, itu cerita lain). Ataupun setelah sekian lama berada dalam perkhidmatan kerajaan, di mana kita sekarang? Ada setengah kakitangan kerajaan cenderung menyalahkan kerajaan, ini tak betul, itu tak betul....Ini seolah-olah meludah ke langit...sebab kita mungkin lupa bahawa kita juga merupakan satu komponen kecil dalam keseluruhan perkhidmatan. Kita mungkin berlainan jabatan dan jawatan..tetapi kadang-kadang kita juga secara sedar tak sedar menyumbang kepada kekurangan ini.

Kadang-kadang saya hilang hormat terhadap golongan-golongan ini...........asyik mencari kesilapan kerajaan......tapi tak segan silu beratur di ATM nak ambik gaji. Bila ditanya, dijawab pula..."Duit ini hasil penat lelah bekerja...bukannya free"...

Hmmm..... Ya lah tu....baaaaanyak betul lah kerja dan sumbangan U untuk kerajaan.

Daulat Tuanku

Salam semua..

Sembah Takziah kepada kaum kerabat Almarhum Sultan Iskandar di atas kepulangan baginda Sultan ke Rahmatullah.
Sembah Takzim dan Tahniah juga kepada Sultan Ibrahim atas kemashyuran Baginda sebagi peneraju takhta Negeri Johor...Daulat Tuanku.

Cerita-cerita tentang Raja & Sultan sentiasa menggembirakan hati saya..secara peribadi...sebab Raja & Sultan adalah simbol negara. Negara kita Malaysia amat unik dari segi ini. Raja & Sultan juga payung negara. Tak perlu la nak ulas lanjut tentang fungsi payung, semua kita tahu.

Disebalik mengikuti permakaman baginda Almarhum Sultan Iskandar, hati saya agak tesentuh juga melihat DYMM Baginda Sultan Mizan. Walaupun kesihatan baginda tidak berapa mengizinkan, Baginda menggagahkan diri turut hadir, malah Baginda berdiri agak lama juga dalam majlis permakaman tersebut.

Saya berpendapat institusi Raja kita harus malah wajib dipertahankan oleh semua yang menggelar diri mereka warganegara Malaysia. Tidak menjadi kesalahan. Dalam menjalani kehidupan kita seharian, perkara-perkara sebeginilah yang menjadi 'top-up' nilai kita sebagai seorang warganegara. Tukang kebun sekolah saya, (keturunan etnik India) sewaktu saya bersekolah rendah di SRJK Inggeris 2, Jalan Semenyih, Kajang, selalu bersama-sama dengan kami semasa menyanyikan lagu Negaraku. Dia pun nyanyi bersama. Tak ada yang istimewanya...cuma yang istimewanya....setiap kali sampai baris...."Raja kita, selamat bertakhta".....kami selalu nampak air matanya mengalir.

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

Friday, January 22, 2010

Manisnya gula, pahitnya nak beli gula

Salam bahagia...

Hmm..beberapa hari ini cukup sibuk dengan aktiviti kerja harian dan juga kerja peribadi. Syukur pada Allah, cuaca kembali tenang walaupun di beberapa kawasan di Sandakan masih belum pulih sepenuhnya. Dan begitu juga bekalan gula. Masih belum pulih. Rak di pasar raya dan kedai-kedai runcit masih kosong. Tempoh hari saya bertanya kepada cashier di satu kedai runcit di tempat saya.
"Ada gula dik?" tanya saya.
Dia membalas pertanyaan saya dengan satu riak muka yang penuh kehairanan, seolah-olah pertanyaan saya itu salah di sisi undang-undang. Ataupun dia dah lupa bagaimana rupa gula atau apa itu gula. Biarkanlah.

Monday, January 18, 2010

Bangsa Malaysia

Salam sejahtera..

Manusia mencipta pelbagai istilah untuk membezakan manusia itu sendiri. Antaranya dalam bahasa Malaysia(Melayu) ialah:
01. Bangsa
02. Kaum
03. Keturunan
04. Etnik
05. Ras (mungkin juga kaum?)
Dalam bahasa Inggeris pula ialah:

01. Nation
02. Race
03. Ethnic
04. Tribe

Apakah maksud Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu? PBB.. Dalam bahasa Inggerisnya United Nations. Maka mengikut terjemahan ini, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu secara tidak langsung mentakrifkan Bangsa itu sebagai Nation, dan Nation atau Bangsa itu sendirinya membawa erti Negara. Kita harus ingat bahawa PBB adalah sebuah badan yang berwibawa dan berpengaruh, maka tidak salah kita menggunakan tafsiran yang sama seperti PBB.

Saya teringat iklan PETRONAS arahan Allahyarhamah Yasmin, apabila ditanya "What is your friend's race?" (atau "What is your race?"), kanak-kanak itu tidak terjawab pada mulanya dan selepas beberapa ketika, jawapan yang keluar ialah "race car?"...barangkali 'race' yang dia faham ialah 'race' yang bermaksud 'lumba atau perlumbaan'. Kita tinggalkan dulu iklan itu.

Saya teringat juga bacaan saya dari Prof Ameritus Khoo Kay Kim (maaf, saya tidak ingat sumber bacaan tersebut). Beliau menyatakan bahawa semua warganegara Malaysia harus dikenali sebagai BANGSA MALAYSIA. Rasionalnya dipetik dari istilah "United Nations" yang saya olah di atas tadi. Contohnya, dalam perhimpunan PBB, ada American (mewakili negara Amerikalah barangkali, ada Chinese (mewakili negara China) dan Indian (mewakili negara India ). Setiap perwakilan mewakili Nation (atau Bangsa = Negara) mereka. Betul ke andaian saya ini?

Dalam urusan harian kita, kita berdepan dengan pengisian pelbagai jenis borang. Saya pernah ditegur oleh pegawai atasan saya apabila saya menulis "MALAYSIA" pada ruangan "bangsa" dalam satu borang. Pernah juga saya ditegur di bank, syarikat insurans, hatta anak saya sendiri apabila saya menulis sedemikian di borang buku pinjamannya.
"Bangsa bah bapak.... kenapa bapak tulis Malaysia? Kita orang apa?" tanya anak saya.
"Orang Malaysia la bah..." jawab saya.
"Hisk...mana ada...cikgu suruh tulis Bajau ke, Melayu ke...." mengomel si kecil.
Kalau yang itu, bukankah itu menyatakan keturunan atau ras atau etnik?
Hmm...ikut sahaja lah.

Alangkah cantiknya kalau istilah Bangsa Malaysia itu diguna sebagai menggambarkan identiti warganegara Malaysia (tidak digunapakai untuk bukan warganegara Malaysia). Dan kalau inginkan maklumat tentang kaumnya, letak satu lagi ruang untuk "Etnik". Dan apabila kita tanya sesiapa pun rakyat warga Malaysia tentang bangsanya, maka BANGSA MALAYSIA lah kita. Dan etnik apa? Baru lah dinyatakan sebagai cina, india, bajau, kadazan dan sebagainya.

Saya lebih suka penggunaan etnik dari kaum. Sebab istilah kaum kadang-kadang membawa konotasi negatif, contohnya dari kaum timbullah PERKAUMAN, begitu juga race...muncullah Racist, Racism... tapi kalau guna etnik....kita tidak dapat menambah apa-apa imbuhan untuk menukar sifat etnik itu.

*Makluman : Penggunaan istilah "Bangsa Malaysia" ada dinyatakan dalam Wawasan 2020

Apa yang dinyatakan di atas adalah sekadar untuk renungan. Mungkinkah inilah konsep 1Malaysia itu?

"Where got..." balas kawan saya dari etnik india semasa minum petang di Alamesra.

Sunday, January 17, 2010

Salam 1Malaysia

Salam semua...

The other day...one of my students asked me.."Sir...what is 1Malaysia?"
I stumbled for a few seconds...no...few minutes...At last I replied...."Oh 1 Malaysia...is a..is a something about unity...all of us have to think as Malaysians...as one...we should be united...yes..."
And I continued the storytelling session.
After the class..I went back to my desk and started to think what is 1Malaysia. The PM started the concept, or the vision...but truly speaking...if I ask you..."what is 1Malaysia?" Can you answer my question.
Lucky for me..I'm a teacher...so I did one of my part...to act!
It's a good concept...the concept sounds good...1MALAYSIA. But what it really is? Schools and Teachers can be the medium to enhance the concept of 1Malaysia if they know what exactly the PM's intention. Is it about unity? Being and getting together? Stand together? Mingle together? If yes..why now? And what happen to all the 'unity' before this?
The ex-PM came with his Islam Hadhari. Everybody was talking about it..but I dont think so all of them understood it. Me too. I dont. I only know 1Islam. And now..no more people talking about it.
Well..I hope this noble concept and vision 1Malaysia wont get such a luck.

Salam 1Malaysia (What's that...)

Monsoon rain

Salam semua..

Today, it's the fifth day of bad weather in my place. Water level rises in low lands. Yesterday I went around to sight seeing. Most of the kampung folks dont have proper drainage system...this causes the water to be stagnant and as a result...flash flood. Who to be blamed? If you asked them, the fingers will be pointed to the authority and if you refer the authority, I can predict the common answers given.
01. We will investigate
02. Oh! the kampung folks simply built the houses without proper planning
03. Not under our jurisdiction
04. Where is it? (as though as they are going to straight things up the next minute!!)
05. Biasa la tu ( it is common , you know )
06. The officer is away
07. So, what to do?

Saturday, January 16, 2010

Assalamualaikum WRB dan salam hormat buat semua..

Blog merupakan satu wadah pilihan untuk menyampaikan cetusan rasa, harapan, keinginan, hasrat dan segala macam perkara yang kadang-kadang senang dinyatakan dalam bentuk tulisan. Harapan saya agar medan baru ini boleh mencetuskan buah fikiran yang bernas untuk renungan dan kebaikan kita semua.