Monday, October 11, 2010

PMR

Salam Bahagia...

'Peperiksaan' PMR akan berakhir esok dan mungkin untuk selamanya sekiranya ada perubahan dalam  sistem penilaian dan peperiksaan negara kita. Pengumuman tentang itu, akan diumumkan kelak, maka kita tunggu sama-sama.
 Cuti sekolah secara rasmi akan bermula pada 23 November 2010. Apakah yang akan berlaku pada murid-murid Ting 3 yang telah tamat PMR ini? Sekolah saya mempunyai peratus ketidakhadiran yang agak tinggi dengan purata 30 orang murid setiap hari bagi satu Tingkatan. Ini bermakna dalam sehari kira-kira 150 orang murid tidak hadir ke sekolah. Alasan yang diberi: bermacam. Beberapa hari sebelum PMR, ada segelintir murid yang datang mengambil slip menduduki peperiksaan. Mereka ini tergolong dalam kumpulan yang jarang hadir dan juga tidak hadir sama sekali dari awal tahun. Syukur aje SU PMR kami daftarkan nama mereka, kalau tidak, sudah tentu sekolah dan guru dituduh cuai, tidak prihatin, tidak bertanggungjawab dan lain-lain lagi. Pendekatannya, daftar aje la, bukannya kena bayar, free aje PMR, dan tambahan lagi, tiada istilah gagal, dan paling bagus, semua E pun, masih boleh naik Ting 4 sebab tidak ada apa-apa signifikan 'peperiksaan' dengan pendidikan.
Secara peribadi saya rasa perkara ini berlaku kerana kita sendiri. Zaman saya, SRP amat bernilai. Kalau gagal, kena ulang dan boleh mengulang di sekolah kerajaan ataupun swasta. Kena bayar. Di sinilah letaknya nilai peperiksaan itu, bila kita memikirkan bahawa kita kena keluar belanja untuk mendapat ilmu dan kelulusan. Semasa saya ambil SPM, bapa saya berpesan, "ini duit untuk bayar periksa, kalau tak lulus, jangan balik," pesannya. Sebenarnya pesanan itu mempunyai maksud tersirat. Tujuan percakapan beliau ialah bukan senang cari duit, dan jangan hampakan harapan ibubapa. Justeru itu, kita menjadi 'takut' untuk mengecewakan mereka, 'takut' dengan masa depan yang tak menentu ketika itu. Hasilnya kita cuba sedaya mungkin. Saya bukannya tergolong dalam kumpulan cerdik, hanya dapat pangkat 2 sahaja, beberapa unit lagi nak masuk pangkat 3....nasib baik ada perasaan takut dan rasa mahalnya bayar peperiksaan.
Murid  hari ini?

Friday, October 8, 2010

PTK

Salam Bahagia...
Kita jumpa lagi dalam blog ini. Tidak lama lagi. semua penjawat awam akan menduduki peperiksaan PTK khususnya Guru. Istimewanya PTK untuk guru ialah ironi yang tersirat. Saya rasa golongan Guru adalah yang paling bertuah sekali. Sebabnya? Ya lah..sebelum ini, kita di kelas sibuk menyediakan murid2 kita untuk menghadapi peperiksaan; tak kira lah ujian bulanan, penggal, awam dan sebagainya. Pelbagai tips diberi. Dan saya rasa, kita kena guna balik tips2 itu untuk kita juga. Kalau kita tengok profession awam di negara kita, hanya profesion kita aje yang secara langsung dan tidak langsung melibatkan peperiksaan  2 hala; peperiksaan untuk anak murid kita dan untuk kita sendiri. Kita boleh, sebab kita GURU. Selamat menduduki peperiksaan PTK.