Sunday, December 19, 2010

Penting atau tak Penting? Wajib atau tak Wajib?

Salam bahagia..

Agak lama saya tak dapat menulis. Kekangan waktu merupakan alasan yang piawai. Dan saya juga tidak terlepas darinya. Kali ini saya ingin berkongsi dengan pengunjung blog ini beberapa senario pendidikan negara kita.
Kenapa kita pergi ke sekolah? Atau kenapa kita hantar anak2 kita ke sekolah? Senang sahaja jawapannya..iaitu nak dapat ilmu, nak jadi pandai...nak masuk universiti...kerja dengan gaji yang lumayan...hidup senang....dan seumpamanya. Maka, kalau itu jawapannya, banyaknya kita kena belajar, kan gitu?
Berapakah  subjek yang kita belajar di sekolah? Agak banyak? Sedikit? Relevan? Tak relevan? Saya tak berani nak komen tentang  soalan saya tadi...Dan apakah kaedah yang kita gunakan untuk membezakan antara satu subjek dengan subjek yang lain? Dalam bahasa mudah, contohnya, apakah atau berapakah nilai Bahasa Melayu berbanding dengan Bahasa Inggeris? Berapakah banyaknya nilai ilmu antara Sains berbanding dengan Pendidikan Seni? Lebih kurang begitulah maksud saya apabila saya bertanyakan bagaimana hendak membezakan nilai sesuatu subjek.
Saya berpendapat pilihan subjek yang kita pelajari agak seimbang...tapi bila pembaca tanya macamana saya boleh kata seimbang? Scale apa yang saya guna untuk "keseimbangan" itu, maka saya angkat tangan la..Maksud seimbang saya ialah dari mata kasar..contohnya......kita belajar 2 bahasa ( sebagai alat komunikasi ), kita belajar Sains N Matematik ( sebagai wadah  hukum kejadian ), kita belajar Pendidikan Islam & Pendidikan Moral ( sebagai panduan agama & nilai2 hidup murni ), kita belajar Sejarah & Geografi ( sebagai mengenal tamadun kemenjadian bangsa & alam ), Pendidikan Seni & Pendidikan  Jasmani & Kesihatan ( pengharmonian jiwa dan Jasmani ). Dan banyak lagi subjek2 yang saya tak masukkan di sini. Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa pilihan subjek2 di atas adalah sebagai contoh sahaja dan pengelasannya pula mengikut pandangan sendiri ( tak ilmiah ). Bagi saya, semua yang kita belajar di sekolah adalah SAMA penting....SAMA nilai ilmunya...saya tidak boleh berkata Bahasa Inggeris lebih tinggi nilainya dari Geografi, misalnya. Jika saya berpendapat begitu, saya adalah pengkhianat ilmu.
Dan maka sebab itulah Kementerian Pelajaran kita menawarkan pelbagai subjek untuk kita (dulu-dulu) dan untuk anak-anak kita (sekarang ). Kalau tak penting, KPM tak akan buang masa, tenaga dan wang ringgit berjuta untuk kita dan anak2 kita untuk menawarkan pelbagai subjek.........betul tak?

So, kesimpulan saya kali ini ialah, semua subjek adalah sama PENTING, maka dengan itu, dalam Peperiksaan, semua subjek WAJIB lulus. Kalau tak penting dan tak wajib lulus, tawarkan subjek yang PENTING dan WAJIB lulus sahaja. Jimat belanja, tenaga  dan masa.

Wassalam.