Saturday, November 20, 2010

Cuti Sekolah

Salam Bahagia...

Cuti sekolah sudah bermula dan begitu juga peperiksaan SPM dan STPM. Ibubapa mungkin sudah merancang berbagai aktiviti untuk mengisi cuti anak-anak dan juga cuti sendiri (jika ibubapa juga guru seperti kami berdua). Setiap kali cuti panjang..sedikit sebanyak emosi saya agak terganggu kerana saya memikirkan apa yang nak dibuat. Keseronokan pergi sekolah dan bekerja perlu ditangguhkan buat sementara waktu. Itupun nasib baik juga saya kena turun ke sekolah juga untuk 'melihat-lihat' perjalanan peperiksaan kerana saya SU Peperiksaan Sekolah. Saya tak berapa kisah tentang cara nak habiskan cuti..tetapi saya kasihan  melihat anak-anak. Anak kami yang sulung, bakal hadapi PMR tahun hadapan, dah mula sibuk dengan bukunya walaupun saya suruh 'jangan belajar'. Begitu juga anak ke2 kami, bakal naik Tahun 5 dan anak bongsu  kami bakal tahun 2, sudah menyorong buku teksnya  ke hulu ke hilir 'bertuition' dengan datuknya (bekas guru Matematik) untuk belajar Matematik. Terharu juga melihat kesungguhan mereka.

Tempoh hari saya membawa mereka ke jualan gudang DBP di Kota Kinabalu. Banyak buku terbitan DBP dijual dengan potongan harga yang agak baik terutamanya buku buku yang dah tukar warna kertasnya. Buku-buku baru sedikit sahaja potongannya. Kami habiskan sekitar RM400 juga dari harga asal RM600. Ada kajian yang dibuat yang mengatakan bahawa peratus rakyat Malaysia membaca sangat mengecewakan. Ya, mengecewakan sungguh. Salahkan rakyat. Maka, saya pun berazam...bagitahu isteri, anak2 dan rakan2..giat kita membaca.
Dan salah satu rakan saya membebel:
"Read your head la.....go and see the price of books in our country...then u ask us to read. Our neighbouring country even cheaper..buying online also cheaper...Rich people can buy la, but how many percent of rich people in Malaysia and how many percent of that population really have reading habit? Majority of Malaysians are middle income, low income and no income.....how do you think they gonna buy?? How many bookshops we have in each town? and out of that how many have variety of choices at a reasonable price? What else books!! Even daily newspaper costs extra from its printed price...." ( my Quote: as comparison: Berita Harian - Kota Kinabalu RM2.00, and in Kota Belud - about 70km from Kota Kinabalu, good road system, RM2.20, but you will only get your the morning copy, late in the afternoon.....local newspaper, KK RM1.20, Kota Belud RM1.30)

Sewaktu saya kecil, sekolah rendah sekitar tahun 70an, saya suka sangat apabila emak saya menyuruh beli barang di kedai runcit. Sebabnya dalam premis kedai runcit tersebut, sebahagian kecil ialah gerai  suratkhabar (@kedai buku???) Dan pemilik kedai tu tahu sangat tabiat saya..habis saya belek dan baca..komik komik Melayu/Bujal/ dan banyak lagi yang dan lesap sekarang....dan ada pula komik yang diimpot, iaitu BEANO/MAD/Readers Digest  dan ada lagi satu yang tak saya berapa ingat..... Komik Beano walaupun diimport, harganya sekitar RM1 - RM3 kalau tak silap, edisi bulanan, begitu juga komiik2 Superman, Batman, Spiderman dan semua MAN....cuba pergi tengok harga2 majalah2 komik ini sekarang...
Kemudian majalah GILA-GILA memeceh tradisi sebagai majalah Humor Nasional yang pertama diikuti dengan GELIHATI...Apa yang peliknya, sewaktu saya masih bersekolah, saya mampu beli Berita Harian setiap hari  (RM0.35sen), majalah GILA2...dan beberapa majalah lain...TAPI kini bila dah bekerja, saya macam tak mampu lagi. Betul la kata kawan saya tu.."Read your head la.....!

Selamat Membaca