Salam Bahagia...
'Peperiksaan' PMR akan berakhir esok dan mungkin untuk selamanya sekiranya ada perubahan dalam sistem penilaian dan peperiksaan negara kita. Pengumuman tentang itu, akan diumumkan kelak, maka kita tunggu sama-sama.
Cuti sekolah secara rasmi akan bermula pada 23 November 2010. Apakah yang akan berlaku pada murid-murid Ting 3 yang telah tamat PMR ini? Sekolah saya mempunyai peratus ketidakhadiran yang agak tinggi dengan purata 30 orang murid setiap hari bagi satu Tingkatan. Ini bermakna dalam sehari kira-kira 150 orang murid tidak hadir ke sekolah. Alasan yang diberi: bermacam. Beberapa hari sebelum PMR, ada segelintir murid yang datang mengambil slip menduduki peperiksaan. Mereka ini tergolong dalam kumpulan yang jarang hadir dan juga tidak hadir sama sekali dari awal tahun. Syukur aje SU PMR kami daftarkan nama mereka, kalau tidak, sudah tentu sekolah dan guru dituduh cuai, tidak prihatin, tidak bertanggungjawab dan lain-lain lagi. Pendekatannya, daftar aje la, bukannya kena bayar, free aje PMR, dan tambahan lagi, tiada istilah gagal, dan paling bagus, semua E pun, masih boleh naik Ting 4 sebab tidak ada apa-apa signifikan 'peperiksaan' dengan pendidikan.
Secara peribadi saya rasa perkara ini berlaku kerana kita sendiri. Zaman saya, SRP amat bernilai. Kalau gagal, kena ulang dan boleh mengulang di sekolah kerajaan ataupun swasta. Kena bayar. Di sinilah letaknya nilai peperiksaan itu, bila kita memikirkan bahawa kita kena keluar belanja untuk mendapat ilmu dan kelulusan. Semasa saya ambil SPM, bapa saya berpesan, "ini duit untuk bayar periksa, kalau tak lulus, jangan balik," pesannya. Sebenarnya pesanan itu mempunyai maksud tersirat. Tujuan percakapan beliau ialah bukan senang cari duit, dan jangan hampakan harapan ibubapa. Justeru itu, kita menjadi 'takut' untuk mengecewakan mereka, 'takut' dengan masa depan yang tak menentu ketika itu. Hasilnya kita cuba sedaya mungkin. Saya bukannya tergolong dalam kumpulan cerdik, hanya dapat pangkat 2 sahaja, beberapa unit lagi nak masuk pangkat 3....nasib baik ada perasaan takut dan rasa mahalnya bayar peperiksaan.
Murid hari ini?
Monday, October 11, 2010
Friday, October 8, 2010
PTK
Salam Bahagia...
Kita jumpa lagi dalam blog ini. Tidak lama lagi. semua penjawat awam akan menduduki peperiksaan PTK khususnya Guru. Istimewanya PTK untuk guru ialah ironi yang tersirat. Saya rasa golongan Guru adalah yang paling bertuah sekali. Sebabnya? Ya lah..sebelum ini, kita di kelas sibuk menyediakan murid2 kita untuk menghadapi peperiksaan; tak kira lah ujian bulanan, penggal, awam dan sebagainya. Pelbagai tips diberi. Dan saya rasa, kita kena guna balik tips2 itu untuk kita juga. Kalau kita tengok profession awam di negara kita, hanya profesion kita aje yang secara langsung dan tidak langsung melibatkan peperiksaan 2 hala; peperiksaan untuk anak murid kita dan untuk kita sendiri. Kita boleh, sebab kita GURU. Selamat menduduki peperiksaan PTK.

Friday, July 9, 2010
Pengurusan & Pentadbiran Peperiksaan
Salam Bahagia..
Pada tahun 2007, Bahagian Sekolah KPM (saya tak pasti samada LPM tahu ke tak)membekalkan satu unit Mesin Scanner. Mesin ini tujuannya ialah untuk scan kertas jawapan OMR dan dengan program/software yang dibekalkan tu, maka pemeriksaan bagi kertas objektif menjadi amat mudah sekali. Banyak sekolah di Sabah mendapat bekalan ini termasuk sekolah saya. Sewaktu itu saya belum mengambil alih unit peperiksaan sekolah. Pada tahun 2008, apab ila saya ditugaskan di unit peperiksaan, saya mula 'explore' mesin ini. memang betul, amat mudah dan mempercepatkan proses pemeriksaan kertas objektif.
Tetapi di sebalik keghairahan saya dengan mesin ini, timbul pula persoalan-persoalan lain. Antaranya ialah kos kertas. Mesin tersebut memerlukan jenis kertas 100g (kalau tak silap) dan perlu dicetak mengikut sampel yang dibekalkan oleh KPM. Saya berjaya 'memujuk' Pengetua saya agar menyediakan peruntukan untuk mencetak kertas jawapan OMR tersebut. Banyak juga cabaran, antaranya ialah tiada 'khidmat lepas jualan' yang disediakan. Syarikat yang diberikan tender, berpangkalan di Sarawak. Baru tahun ini (2010)ada syarikat Sabah yang diberi tender. Syarikat ini membuat 'roadshow' ke daerah saya, dan entah betul atau tak, atau saja nak ambil hati kami, dia kata, hanya sekolah kami sahaja di Sabah yang menggunakan secara maksimum mesin ini sejak tahun 2008 hingga kini. Dia kata sedemikian berdasarkan Data mesin yang menunjukkan sejumlah 17,000 helai OMR telah di'scan' sepanjang tempoh tersebut.
Tetapi persoalan saya seterusnya amat membingungkan saya sendiri! Asalnya mesin ini dibekalkan oleh KPM dan softwarenya tara-tara mempunyai logo KPM. Maka, dalam pendapat saya, KPM sepatutnya bertanggungjawab dalam membekalkan maklumat lanjut ataupun software software yang terkini versinya. Rupa-rupanya tidak!! Mesin tersebut akan tamat warranty 3 tahunnya bulan ini. Dan mengikut syarikat ini, versi terkini merupakan Versi 9 konon! Kami masih dengan Versi 1 trial. Saya minta la versi baru. Laaaaa....rupa-rupanya untuk dapat versi baru ini, kami kena beli dengan kertasnya sekali, barulah mereka akan updatekan dengan versi terkini. Saya terlopong dan bingung lagi dengan cara-cara urusan yang terselindung begini!. Nasib baik lah Pengetua saya amat memahami fungsi peperiksaan, maka beliau mengusahakan juga sejumlah peruntukan untuk tujuan pembelian kertas, maka kami akan dapatlah versi baru program dengan pembelian tersebut.
Saya berpendapat sepatutnya Bahagian Sekolah KPM yang pada awalnya bertanggungjawab dengan pembekalan mesin ini, tak sepatutnya lepas tangan. Mungkin perlu ada peruntukan khas untuk pembelian kertas OMR ini, ataupun dibekalkan terus ke sekolah kertas tersebut mengikut jumlah yang diperlukan. Begitu juga dengan software terkininya. Malu dan terkedu saya apabila saya dengar banyak sekolah di Semenanjung menggunakan mesin ini dengan versi terkini. Dan lebih menarik lagi, pihak Jabatan Pelajaran Sabah, bagaikan tidak tahu menahu tentang mesin ini. Saya tidak pasti samada Lembaga Peperiksaan Malaysia tahu atau tidak.
Pihak LPM sepatutnya boleh memainkan peranannya dengan mengesyorkan agar semua sekolah menggunakan mesin ini. Bayangkan, 99% guru di Malaysia (mungkin) masih lagi memeriksa kertas objektif secara manual. LPM mempunyai sejarahnya yang cukup gah bukan sahaja di Malaysia, malah di rantau Asia. Banyak perkara baru dalam aspek penilaian dan peperiksaan yang dipelopori oleh LPM mengalahkan negara-negara lain di rantau ini. (Sila rujuk website LPM untuk maklumat lanjut tentang pencapaian mereka). Secara berbandingan, cikgu saya dulu, memeriksa kertas objektif secara manual, dan kini saya juga memeriksanya begitu. Dan barangkali mungkin juga cikgu-cikgu yang akan datang.
Pihak LPM juga boleh membangunkan program pemprosesan markahnya tersendiri dan bekalkan kepada sekolah-sekolah. (Baru-baru ini kami beli satu aplikasi pengurusan markah peperiksaan, hmmmm..tak hebat mana pun!!) bagus lagi aplikasi yang dibuat oleh cikgu saya, saudara Jainudin Bujang. Dan saya memang percaya dengan kepakaran KPM/LPM kita ini. Baru-baru ini saya berpeluang untuk melihat proses masuk data/pengisian NKRA..wow..very impressive..main tekan tekan dan masukkan data, amat simple sekali. So, takkanlah LPM tak ada kepakaran sedemikian?? Saya percaya kalau banyak perkara yang kita boleh hasilkan sendiri, barangkali kita boleh kurangkan belanja kita beli dari orang lain.
Pengalaman saya secara langsung dan tidak langsung dalam aspek peperiksaan, mendedahkan saya tentang betapa pentingnya peperiksaan. Tetapi sebenarnya apa yang lebih penting dari itu, iaitu aspek-aspek pengurusan peperiksaan. Sebagai SU Peperiksaan sekolah, banyak kali saya menyuarakan rasa tidak puas hati saya bagaimana menyimpangnya aspek-aspek pengurusan peperiksaan, dari mula guru menyediakan soalan peperiksaan, percetakan, pembungkusan, pemeriksaan, pengisian markah dan pengumuman keputusan, segala galanya saya cuba baiki dan perbetulkan. Saya bernasib baik kerana pengalaman menjadi Ketua pengawas, Ketua Pentaksir, Ketua pasukan pemeriksa dan seumpamanya membekalkan sekurang-kurangnya ilmu yang amat berguna. Adakalanya saya tewas apabila tidak dapat mempengaruhi rakan rakan tentang pentingnya pengurusan peperiksaan, malah arahan saya agar kertas peperiksaan disediakan dengan mengambil kita JSU, dibungkus dan lain-lain pun, pernah disindir dan herdik kononnya saya melebihi LPM. Saya tidak kisah sebab saya berpegang pada prinsip asas peperiksaan. Tidak kira samada soalan datang dari LPM atau dari sekolah ianya perlu ada nilai-nilai peperiksaan dan mendukung ciri-ciri amalan pengurusan peperiksaan yang betul.
Saya rasa sudah sampai masanya LPM menambah satu lagi fungsi dengan memasukkan agenda pengurusan peperiksaan di sekolah. Selain dari aspek pembinaan item, aspek teknikal pengurusan peperiksaan di sekolah juga perlu dimantapkan. Justeru itu, saya amat bersyukur apabila menerima dan menggunakan mesin scanner untuk memeriksa kertas jawapan OMR. Satu sajalah masalahnya, kalau mesin tu rosak lepas dari ini...hmm..tak tahu apa nak cakap. Belanja pembaikan tinggi, sebab semua partsnya dari USA.
http://www.cikgumailmenulis.blogspot.com/
SMK Pekan Kota Belud.

Thursday, July 8, 2010
Ujian & Peperiksaan
Salam Bahagia..
Sebut sahaja ujian dan peperiksaan, maka semua mengeluh. Ada pro dan kontra. Manusia dilontar ke dunia ini pun gara-gara "gagal" dalam ujian & peperiksaan, subjeknya "Keimanan & Ketakwaan". Maka hidup manusia penuh dengan segala macam ujian dan peperiksaan.
Berbalik pada Ujian & Peperiksaan dalam konteks akademik, ianya berlaku sejak mulanya peradaban manusia. Apakah perlunya peperiksaan ini dalam konteks pendidikan? Bagi saya..memang perlu. Objektif peperiksaan amat mudah iaitu untuk mengesan, menilai dan seterusnya mengiktiraf kebolehan, kepakaran dan pencapaian seseorang dalam bidang tertentu. Ini ialah asas Peperiksaan. Lazimnya kebolehan dan pencapaian seseorang itu selari dengan pencapaiannya dalam sesuatu peperiksaan. Namun ada kalanya keputusan peperiksaan itu tidak menggambarkan pencapaian sebenar seseorang. Bagi mereka yang menyokong klise ini mempunyai berbagai alasan. Antaranya, katakan seorang pelajar pintar itu, jatuh sakit semasa menduduki peperiksaan, sudah tentu pelajar tersebut mungkin tidak boleh menjawab dengan baik berbanding sewaktu dia sihat. Yang lainnya berpendapat adalah tidak adil dan tidak masuk akal bila mana pelajaran yang dipelajari selama 2 tahun umpamanya, hanya diuji dalam tempoh 2 atau 3 jam di bilik peperiksaan. Pendapat pendapat ini kadang kala mempunyai asas. Sehubungan dengan itu, saya amat kagum dan berbangga dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian kita amat cepat 'menghidu' kepincangan-kepincangan ini. Justeru itu, bagi memberi peluang yang lebih terbuka, adil dan munasabah, maka berbagai kaedah pengujian diperkenalkan. Antaranya ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kebolehan pelajar ditaksir di sekolah dalam pelbagai subjek. Dan ianya diambil kira sebagai tokoktambah nilai dalam peperiksaan awam. Secara kasarnya begitulah ujian dan peperiksaan di sekolah di negara kita.
Di sebalik isu ini, muncul pula isu lain. Pada zaman 60an dan mungkin lebih awal dari itu, nilai keputusan peperiksaan, contohnya, peperiksaan Darjah 6 (dulu-dulu) amat tinggi sekali. Kehidupan seseorang mungkin berubah dengan adanya "Sijil Darjah 6" ini, itu belum lagi diambil kira LCE/SRP, MCE/SPM dan HSC/STP. Sungguh tinggi, dan memang amat tinggi nilainya sijil-sijil dari peperiksaan berkenaan.
Kadang-kadang sebagai seorang pendidik, dan juga sebagai pendokong setia dasar kerajaan, memang panas juga telinga ini apabila terdengar sindirin-sindirin (yang memang berasas) yang memperlekehkan sijil UPSR, PMR dan SPM. Persoalan mereka, "Cikgu, sijil UPSR dan PMR tu untuk apa bah, cikgu?" Dan seperti biasa, saya senyum dan beredar. Memang saya tak ada jawapan.

Monday, July 5, 2010
UPSR dan PMR
Salam Bahagia..
Sebagai yang menurut perintah permintan YAB Timbalan Perdana Menteri @ Menteri Pelajaran agar isu pemansuhan atau pengekalan UPSR & PMR tidak banyak diperdebatkan kerana ianya masih di peringkat perbincangan..maka tak banyak ruang untuk saya meluahkan pendapat..tambahan pula blog saya ini sudah di'attachkan' dengan blog KPM. Saya percaya apa sahaja perancangan atau dasar yang akan menyusur selepas ini, sudah tentulah mengambil kira segala aspek. Kita tunggu dan lihat.

Subscribe to:
Posts (Atom)