Salam Bahagia,
Selamat berpuasa. Semoga puasa tahun ini lepas baik dari tahun2 yang lepas. Agak lama juga saya tidak 'berblog'......hmm....sibuk memanjang. banyak juga kisah saya.......bermacam. Yang pertama kisah saya dapat tawaran masuk IPG Kent tempoh hari. Setelah berfikir panjang dan mengambil kira berbagai aspek, saya terpaksa tangguh niat berhijrah ke sana. Saya mohon maaf kerana menghampakan Pengarah dan Timbalan pengarah IPG Kent yang banyak bersusah payah agar saya dapat berpindah ke Kent. Memang benar, saya lah yang memohon masuk IPG pada tahun 2008. Ketika itu saya masih DG41 dan dengar khabarnya bila masuk sana, boleh dapat DG44. Dengar pula cerita bahawa semua permohonan dibekukan buat sementara waktu, dan permohonan saya pun beku juga, begitu juga niat saya. Beku. Kemudian saya terlibat dengan program MBMMBI, dan selalu ulang alik ke Kent. Tahun 2009 agak baik bila saya dapat GC dan tak lama kemudian Time-based 44. Pada tahun 2010, pihak Kent, terutamanya Hj Rahman Sidek, Puan Pengarah & Tuan Timbalan Pengarah mengaturkan untuk sesi temuduga di mana penempatan saya ke IPG Kent amat pasti. Julai lepas saya terima surat penempatan. Hakiki DG44 ke Kent, sepatutnya lapor diri April 2011 lagi (backdated).
Saya fikir dulu.
Wednesday, August 3, 2011
Sunday, December 19, 2010
Penting atau tak Penting? Wajib atau tak Wajib?
Salam bahagia..
Agak lama saya tak dapat menulis. Kekangan waktu merupakan alasan yang piawai. Dan saya juga tidak terlepas darinya. Kali ini saya ingin berkongsi dengan pengunjung blog ini beberapa senario pendidikan negara kita.
Kenapa kita pergi ke sekolah? Atau kenapa kita hantar anak2 kita ke sekolah? Senang sahaja jawapannya..iaitu nak dapat ilmu, nak jadi pandai...nak masuk universiti...kerja dengan gaji yang lumayan...hidup senang....dan seumpamanya. Maka, kalau itu jawapannya, banyaknya kita kena belajar, kan gitu?
Berapakah subjek yang kita belajar di sekolah? Agak banyak? Sedikit? Relevan? Tak relevan? Saya tak berani nak komen tentang soalan saya tadi...Dan apakah kaedah yang kita gunakan untuk membezakan antara satu subjek dengan subjek yang lain? Dalam bahasa mudah, contohnya, apakah atau berapakah nilai Bahasa Melayu berbanding dengan Bahasa Inggeris? Berapakah banyaknya nilai ilmu antara Sains berbanding dengan Pendidikan Seni? Lebih kurang begitulah maksud saya apabila saya bertanyakan bagaimana hendak membezakan nilai sesuatu subjek.
Saya berpendapat pilihan subjek yang kita pelajari agak seimbang...tapi bila pembaca tanya macamana saya boleh kata seimbang? Scale apa yang saya guna untuk "keseimbangan" itu, maka saya angkat tangan la..Maksud seimbang saya ialah dari mata kasar..contohnya......kita belajar 2 bahasa ( sebagai alat komunikasi ), kita belajar Sains N Matematik ( sebagai wadah hukum kejadian ), kita belajar Pendidikan Islam & Pendidikan Moral ( sebagai panduan agama & nilai2 hidup murni ), kita belajar Sejarah & Geografi ( sebagai mengenal tamadun kemenjadian bangsa & alam ), Pendidikan Seni & Pendidikan Jasmani & Kesihatan ( pengharmonian jiwa dan Jasmani ). Dan banyak lagi subjek2 yang saya tak masukkan di sini. Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa pilihan subjek2 di atas adalah sebagai contoh sahaja dan pengelasannya pula mengikut pandangan sendiri ( tak ilmiah ). Bagi saya, semua yang kita belajar di sekolah adalah SAMA penting....SAMA nilai ilmunya...saya tidak boleh berkata Bahasa Inggeris lebih tinggi nilainya dari Geografi, misalnya. Jika saya berpendapat begitu, saya adalah pengkhianat ilmu.
Dan maka sebab itulah Kementerian Pelajaran kita menawarkan pelbagai subjek untuk kita (dulu-dulu) dan untuk anak-anak kita (sekarang ). Kalau tak penting, KPM tak akan buang masa, tenaga dan wang ringgit berjuta untuk kita dan anak2 kita untuk menawarkan pelbagai subjek.........betul tak?
So, kesimpulan saya kali ini ialah, semua subjek adalah sama PENTING, maka dengan itu, dalam Peperiksaan, semua subjek WAJIB lulus. Kalau tak penting dan tak wajib lulus, tawarkan subjek yang PENTING dan WAJIB lulus sahaja. Jimat belanja, tenaga dan masa.
Wassalam.
Saturday, November 20, 2010
Cuti Sekolah
Salam Bahagia...
Cuti sekolah sudah bermula dan begitu juga peperiksaan SPM dan STPM. Ibubapa mungkin sudah merancang berbagai aktiviti untuk mengisi cuti anak-anak dan juga cuti sendiri (jika ibubapa juga guru seperti kami berdua). Setiap kali cuti panjang..sedikit sebanyak emosi saya agak terganggu kerana saya memikirkan apa yang nak dibuat. Keseronokan pergi sekolah dan bekerja perlu ditangguhkan buat sementara waktu. Itupun nasib baik juga saya kena turun ke sekolah juga untuk 'melihat-lihat' perjalanan peperiksaan kerana saya SU Peperiksaan Sekolah. Saya tak berapa kisah tentang cara nak habiskan cuti..tetapi saya kasihan melihat anak-anak. Anak kami yang sulung, bakal hadapi PMR tahun hadapan, dah mula sibuk dengan bukunya walaupun saya suruh 'jangan belajar'. Begitu juga anak ke2 kami, bakal naik Tahun 5 dan anak bongsu kami bakal tahun 2, sudah menyorong buku teksnya ke hulu ke hilir 'bertuition' dengan datuknya (bekas guru Matematik) untuk belajar Matematik. Terharu juga melihat kesungguhan mereka.
Tempoh hari saya membawa mereka ke jualan gudang DBP di Kota Kinabalu. Banyak buku terbitan DBP dijual dengan potongan harga yang agak baik terutamanya buku buku yang dah tukar warna kertasnya. Buku-buku baru sedikit sahaja potongannya. Kami habiskan sekitar RM400 juga dari harga asal RM600. Ada kajian yang dibuat yang mengatakan bahawa peratus rakyat Malaysia membaca sangat mengecewakan. Ya, mengecewakan sungguh. Salahkan rakyat. Maka, saya pun berazam...bagitahu isteri, anak2 dan rakan2..giat kita membaca.
Dan salah satu rakan saya membebel:
"Read your head la.....go and see the price of books in our country...then u ask us to read. Our neighbouring country even cheaper..buying online also cheaper...Rich people can buy la, but how many percent of rich people in Malaysia and how many percent of that population really have reading habit? Majority of Malaysians are middle income, low income and no income.....how do you think they gonna buy?? How many bookshops we have in each town? and out of that how many have variety of choices at a reasonable price? What else books!! Even daily newspaper costs extra from its printed price...." ( my Quote: as comparison: Berita Harian - Kota Kinabalu RM2.00, and in Kota Belud - about 70km from Kota Kinabalu, good road system, RM2.20, but you will only get your the morning copy, late in the afternoon.....local newspaper, KK RM1.20, Kota Belud RM1.30)
Sewaktu saya kecil, sekolah rendah sekitar tahun 70an, saya suka sangat apabila emak saya menyuruh beli barang di kedai runcit. Sebabnya dalam premis kedai runcit tersebut, sebahagian kecil ialah gerai suratkhabar (@kedai buku???) Dan pemilik kedai tu tahu sangat tabiat saya..habis saya belek dan baca..komik komik Melayu/Bujal/ dan banyak lagi yang dan lesap sekarang....dan ada pula komik yang diimpot, iaitu BEANO/MAD/Readers Digest dan ada lagi satu yang tak saya berapa ingat..... Komik Beano walaupun diimport, harganya sekitar RM1 - RM3 kalau tak silap, edisi bulanan, begitu juga komiik2 Superman, Batman, Spiderman dan semua MAN....cuba pergi tengok harga2 majalah2 komik ini sekarang...
Kemudian majalah GILA-GILA memeceh tradisi sebagai majalah Humor Nasional yang pertama diikuti dengan GELIHATI...Apa yang peliknya, sewaktu saya masih bersekolah, saya mampu beli Berita Harian setiap hari (RM0.35sen), majalah GILA2...dan beberapa majalah lain...TAPI kini bila dah bekerja, saya macam tak mampu lagi. Betul la kata kawan saya tu.."Read your head la.....!
Selamat Membaca

Monday, October 11, 2010
PMR
Salam Bahagia...
'Peperiksaan' PMR akan berakhir esok dan mungkin untuk selamanya sekiranya ada perubahan dalam sistem penilaian dan peperiksaan negara kita. Pengumuman tentang itu, akan diumumkan kelak, maka kita tunggu sama-sama.
Cuti sekolah secara rasmi akan bermula pada 23 November 2010. Apakah yang akan berlaku pada murid-murid Ting 3 yang telah tamat PMR ini? Sekolah saya mempunyai peratus ketidakhadiran yang agak tinggi dengan purata 30 orang murid setiap hari bagi satu Tingkatan. Ini bermakna dalam sehari kira-kira 150 orang murid tidak hadir ke sekolah. Alasan yang diberi: bermacam. Beberapa hari sebelum PMR, ada segelintir murid yang datang mengambil slip menduduki peperiksaan. Mereka ini tergolong dalam kumpulan yang jarang hadir dan juga tidak hadir sama sekali dari awal tahun. Syukur aje SU PMR kami daftarkan nama mereka, kalau tidak, sudah tentu sekolah dan guru dituduh cuai, tidak prihatin, tidak bertanggungjawab dan lain-lain lagi. Pendekatannya, daftar aje la, bukannya kena bayar, free aje PMR, dan tambahan lagi, tiada istilah gagal, dan paling bagus, semua E pun, masih boleh naik Ting 4 sebab tidak ada apa-apa signifikan 'peperiksaan' dengan pendidikan.
Secara peribadi saya rasa perkara ini berlaku kerana kita sendiri. Zaman saya, SRP amat bernilai. Kalau gagal, kena ulang dan boleh mengulang di sekolah kerajaan ataupun swasta. Kena bayar. Di sinilah letaknya nilai peperiksaan itu, bila kita memikirkan bahawa kita kena keluar belanja untuk mendapat ilmu dan kelulusan. Semasa saya ambil SPM, bapa saya berpesan, "ini duit untuk bayar periksa, kalau tak lulus, jangan balik," pesannya. Sebenarnya pesanan itu mempunyai maksud tersirat. Tujuan percakapan beliau ialah bukan senang cari duit, dan jangan hampakan harapan ibubapa. Justeru itu, kita menjadi 'takut' untuk mengecewakan mereka, 'takut' dengan masa depan yang tak menentu ketika itu. Hasilnya kita cuba sedaya mungkin. Saya bukannya tergolong dalam kumpulan cerdik, hanya dapat pangkat 2 sahaja, beberapa unit lagi nak masuk pangkat 3....nasib baik ada perasaan takut dan rasa mahalnya bayar peperiksaan.
Murid hari ini?

Friday, October 8, 2010
PTK
Salam Bahagia...
Kita jumpa lagi dalam blog ini. Tidak lama lagi. semua penjawat awam akan menduduki peperiksaan PTK khususnya Guru. Istimewanya PTK untuk guru ialah ironi yang tersirat. Saya rasa golongan Guru adalah yang paling bertuah sekali. Sebabnya? Ya lah..sebelum ini, kita di kelas sibuk menyediakan murid2 kita untuk menghadapi peperiksaan; tak kira lah ujian bulanan, penggal, awam dan sebagainya. Pelbagai tips diberi. Dan saya rasa, kita kena guna balik tips2 itu untuk kita juga. Kalau kita tengok profession awam di negara kita, hanya profesion kita aje yang secara langsung dan tidak langsung melibatkan peperiksaan 2 hala; peperiksaan untuk anak murid kita dan untuk kita sendiri. Kita boleh, sebab kita GURU. Selamat menduduki peperiksaan PTK.

Subscribe to:
Posts (Atom)