Salam Bahagia...
Salah satu aspek dalam etika keguruan ialah menjaga kepentingan rakat sejawat; yakni dalam apa jua keadaan, kita diminta agar menjaga kebajikan, kepentingan dan maruah rakan sejawat. Tetapi manusia tetap manusia. Biasanya kita mendengar istilah seperti 'tikam dari belakang', gunting dalam lipatan', 'api dalam sekam' dan lain-lain yang membawa maksud seseorang yang amat manis tingkahlakunya di hadapan kita tetapi di belakang kita, kawan sebegini lah yang menjadi dalang merosakkan reputasi seseorang.
Persoalannya ialah sejauh mana kita menjaga maruah rakan sejawat? Dalam perkara apakah yang sepatutnya kita menjaga rakan sejawat? Sebagai seorang guru, kita lazimnya amat kaya dengan pelbagai cerita dan kisah berbentuk nasihat yang kita sampaikan kepada anak pelajar. Contohnya, dalam aspek kawan dan rakan, kita beritahu pelajar yang kawan yang baik dan ikhlas ialah kawan yang menegur dan menasihati kawannya apabila berlakunya kepincangan, melakukan kesilapan/kesalahan, membimbing/mengajar/menunjuk ajar/berkongsi idea/pendapat dengan mereka sedikit sebanyak apa yang kita rasa baik. Tiada seornag pun guru (saya rasa) yang menyampaikan di sebalik kenyataan di atas.
Tapi saya musykil juga, apa yang kita ajar anak-anak murid kita itu, dapat kita laksanakan dalam kehidupan harian kita? Sejauh mana kita ikhlas dan jujur dalam menegur dan menasihati rakan setugas apabila kita nampak ada yang tidak betul?
Kita harus duduk dan memikirkan hal hal sebegini sekali sekala.
Selamat Bertugas.
Showing posts with label Norma dan Etika. Show all posts

Sunday, September 11, 2011
Monday, January 25, 2010
Tonggak 12
Salam semua..
Kita Kakitangan kerajaan. Dalam pentakrifan kakitangan kerajaan, umum mengetahui kita akur dengan perintah "Government Of The Day". Tak kira lah siapa yang memerintah, kita kena akur dengan konsep "Government Of The Day".
Sekarang ini, cuba kita lihat ke dalam hati nurani kita, secara ikhlas...kita rendahkan ego kita sikit...jawab pada persoalan "sejauh mana kepatuhan kita pada kerajaan?" Kalau kita baru masuk perkhidmatan awam...pernah kah kita rasa bersyukur? (padahal ada setengah kawan2 saya asyik mengutuk kerajaan, itu cerita lain). Ataupun setelah sekian lama berada dalam perkhidmatan kerajaan, di mana kita sekarang? Ada setengah kakitangan kerajaan cenderung menyalahkan kerajaan, ini tak betul, itu tak betul....Ini seolah-olah meludah ke langit...sebab kita mungkin lupa bahawa kita juga merupakan satu komponen kecil dalam keseluruhan perkhidmatan. Kita mungkin berlainan jabatan dan jawatan..tetapi kadang-kadang kita juga secara sedar tak sedar menyumbang kepada kekurangan ini.
Kadang-kadang saya hilang hormat terhadap golongan-golongan ini...........asyik mencari kesilapan kerajaan......tapi tak segan silu beratur di ATM nak ambik gaji. Bila ditanya, dijawab pula..."Duit ini hasil penat lelah bekerja...bukannya free"...
Hmmm..... Ya lah tu....baaaaanyak betul lah kerja dan sumbangan U untuk kerajaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)