Salam Bahagia...
Saya senyum tersipu-sipu termasuk senyum kambing apabila membaca surat (arahan?) pekeliling MAMPU (rujuk bahagian pekeliling di KPM ) yang menggariskan dengan panjang lebar tentang amalan senyum kakitangan kerajaan.
Senyuman merupakan satu proses fitrah yakni semulajadi yang terbit dari hati seseorang. Ianya mungkin terbit di kala seseorang itu gembira atau ada sesuatu yang menggembirakan hati seseorang. Senyuman yang dipaksa pula umpama gula, rasanya manis tapi boleh mencetuskan penyakit.
Balik pada pekeliling dan arahan MAMPU yang kemudiannya dipanjangkan kepada semua Kementerian (termasuk KPM), yang bertarikh pada tahun 2010, Pengarah MAMPU mengulas amalan senyum berdasarkan banyak aspek iaitu dari konteks perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan kerajaan yang terlibat secara tidak langsung dengan counter service dan yang bersemuka terus dengan orang awam.
Pokoknya ialah semua kakitangan kerajaan hendaklah mengamalkan konsep senyum apabila memberi perkhidmatan mereka. Saya setuju 100%. Sejuk hati kita apabila mendapatkan perkhidmatan di kaunter kerajaan. Semuanya "menyenyumkan" diri masing-masing. Ikhlas? Wallahuahlam.
Apabila balik rumah, saya terfikir......hmm...perkara yang sepatutnya jadi fitrah manusia, perkara yang sepatutnya berlaku secara semulajadi dan ikhlas, perkara yang sepatutnya TIDAK perlu disuruh, kini perlu di arah-arah pula......siap dengan ada pekeliling sekali. Tak lama lagi mungkin ada pekeliling yang lebih detail untuk kakitangan awam kita: cara nak ketawa, cara nak menguap, cara nak kentut dan lain-lain cara.
Di mana silapnya bila generasi atau rakyat kita semakin hilang nilai-nilai hidup yang sepatutnya berlaku secara semulajadi? Sehinggakan moral pun dijadikan satu matapelajaran. Moral diajar di sekolah? Sekarang sivik pun diajar. Saya lebih suka Sivik daripada Moral. Sebabnya ialah sudah jadi satu trademark dalam sistem pendidikan kita iaitu apabila seorang pelajar yang mengambil Moral, pelajar itu ialah bukan Islam. So, Moral hanya untuk pelajar bukan Islam. Pelajar Islam tidak perlu moral?
Kalau Sivik, ianya untuk semua. Saya masih ingat lagi Pendidikan Sivik semasa saya di Darjah Tiga pada tahun 1977. Antara yang saya masih ingat ialah jangan buang sampah merata tempat, jangan rosakkan kemudahan awam dan cara-cara menggunakan tandas.
Entahlah....saya pun masih mencari apa yang hebat dalam sistem pendidikan kita.
Jangan lupa senyum.
Thursday, September 15, 2011
Sunday, September 11, 2011
Etika Keguruan
Salam Bahagia...
Salah satu aspek dalam etika keguruan ialah menjaga kepentingan rakat sejawat; yakni dalam apa jua keadaan, kita diminta agar menjaga kebajikan, kepentingan dan maruah rakan sejawat. Tetapi manusia tetap manusia. Biasanya kita mendengar istilah seperti 'tikam dari belakang', gunting dalam lipatan', 'api dalam sekam' dan lain-lain yang membawa maksud seseorang yang amat manis tingkahlakunya di hadapan kita tetapi di belakang kita, kawan sebegini lah yang menjadi dalang merosakkan reputasi seseorang.
Persoalannya ialah sejauh mana kita menjaga maruah rakan sejawat? Dalam perkara apakah yang sepatutnya kita menjaga rakan sejawat? Sebagai seorang guru, kita lazimnya amat kaya dengan pelbagai cerita dan kisah berbentuk nasihat yang kita sampaikan kepada anak pelajar. Contohnya, dalam aspek kawan dan rakan, kita beritahu pelajar yang kawan yang baik dan ikhlas ialah kawan yang menegur dan menasihati kawannya apabila berlakunya kepincangan, melakukan kesilapan/kesalahan, membimbing/mengajar/menunjuk ajar/berkongsi idea/pendapat dengan mereka sedikit sebanyak apa yang kita rasa baik. Tiada seornag pun guru (saya rasa) yang menyampaikan di sebalik kenyataan di atas.
Tapi saya musykil juga, apa yang kita ajar anak-anak murid kita itu, dapat kita laksanakan dalam kehidupan harian kita? Sejauh mana kita ikhlas dan jujur dalam menegur dan menasihati rakan setugas apabila kita nampak ada yang tidak betul?
Kita harus duduk dan memikirkan hal hal sebegini sekali sekala.
Selamat Bertugas.

Monday, August 15, 2011
PENGETUA - SIMBOL KEKUATAN
Salam Bahagia...
Saya rasa amat gembira baru-baru ini apabila akhirnya SMK Pekan Kota Belud menerima kedatangan Pengetua baru, Puan Hajjah Adjenada @ Junaidah Yusuppu. Selamat datang Puan.
Apakah signifikannya seseorang Pengetua bagi sesebuah sekolah? Pada tajuk artikel ini, saya nyatakan sebagai Simbol Kekuatan. Bagi saya, Pengetua merupakan tonik bagi warganya, vitamin bagi guru dan kakitangannya. Bagi saya, sebagai seorang staf, dengan siapakah harus saya letakkan kepercayaan ikhtisas saya? Yakni yang berkaitan dengan kerjaya. Sudah tentunya Pengetua. Saya menganggap Pengetua sebagai "shield" bagi warga sekolahnya. Dengan adanya Pengetua, kita sedar bahawa kita sedang diperhati, dikawal dan juga dijaga, konsep yang sama kalau kita bandingkan Ibubapa dengan anak-anak. Ibubapa adalah sebagai tempat berlindung anak-anak.
Sehubungan dengan itu, apabila munculnya Pengetua, saya menarik nafas lega.
Somebody is looking after my back.
Wahai Hajjah...
Semoga kehadiran Puan ke SMK Pekan Kota Belud dapat mengangkat semula martabat SMK Pekan Kota Belud seperti sediakala.
Makluman untuk Puan.....SMK Pekan Kota Belud bukannya "seteruk" (maaf kalau bunyinya teruk) seperti mana yang dilabelkan.
Kita sebenarnya pernah gah satu ketika dulu sebagai salah satu sekolah pelopor dan perintis dalam beberapa aspek di daerah Kota Belud. Cuba tanya-tanyalah macamana sekolah kita 6-7 tahun yang lepas.
Selamat Bertugas Puan Pengetua.

Wednesday, August 3, 2011
Masuk Maktab
Salam Bahagia,
Selamat berpuasa. Semoga puasa tahun ini lepas baik dari tahun2 yang lepas. Agak lama juga saya tidak 'berblog'......hmm....sibuk memanjang. banyak juga kisah saya.......bermacam. Yang pertama kisah saya dapat tawaran masuk IPG Kent tempoh hari. Setelah berfikir panjang dan mengambil kira berbagai aspek, saya terpaksa tangguh niat berhijrah ke sana. Saya mohon maaf kerana menghampakan Pengarah dan Timbalan pengarah IPG Kent yang banyak bersusah payah agar saya dapat berpindah ke Kent. Memang benar, saya lah yang memohon masuk IPG pada tahun 2008. Ketika itu saya masih DG41 dan dengar khabarnya bila masuk sana, boleh dapat DG44. Dengar pula cerita bahawa semua permohonan dibekukan buat sementara waktu, dan permohonan saya pun beku juga, begitu juga niat saya. Beku. Kemudian saya terlibat dengan program MBMMBI, dan selalu ulang alik ke Kent. Tahun 2009 agak baik bila saya dapat GC dan tak lama kemudian Time-based 44. Pada tahun 2010, pihak Kent, terutamanya Hj Rahman Sidek, Puan Pengarah & Tuan Timbalan Pengarah mengaturkan untuk sesi temuduga di mana penempatan saya ke IPG Kent amat pasti. Julai lepas saya terima surat penempatan. Hakiki DG44 ke Kent, sepatutnya lapor diri April 2011 lagi (backdated).
Saya fikir dulu.

Sunday, December 19, 2010
Penting atau tak Penting? Wajib atau tak Wajib?
Salam bahagia..
Agak lama saya tak dapat menulis. Kekangan waktu merupakan alasan yang piawai. Dan saya juga tidak terlepas darinya. Kali ini saya ingin berkongsi dengan pengunjung blog ini beberapa senario pendidikan negara kita.
Kenapa kita pergi ke sekolah? Atau kenapa kita hantar anak2 kita ke sekolah? Senang sahaja jawapannya..iaitu nak dapat ilmu, nak jadi pandai...nak masuk universiti...kerja dengan gaji yang lumayan...hidup senang....dan seumpamanya. Maka, kalau itu jawapannya, banyaknya kita kena belajar, kan gitu?
Berapakah subjek yang kita belajar di sekolah? Agak banyak? Sedikit? Relevan? Tak relevan? Saya tak berani nak komen tentang soalan saya tadi...Dan apakah kaedah yang kita gunakan untuk membezakan antara satu subjek dengan subjek yang lain? Dalam bahasa mudah, contohnya, apakah atau berapakah nilai Bahasa Melayu berbanding dengan Bahasa Inggeris? Berapakah banyaknya nilai ilmu antara Sains berbanding dengan Pendidikan Seni? Lebih kurang begitulah maksud saya apabila saya bertanyakan bagaimana hendak membezakan nilai sesuatu subjek.
Saya berpendapat pilihan subjek yang kita pelajari agak seimbang...tapi bila pembaca tanya macamana saya boleh kata seimbang? Scale apa yang saya guna untuk "keseimbangan" itu, maka saya angkat tangan la..Maksud seimbang saya ialah dari mata kasar..contohnya......kita belajar 2 bahasa ( sebagai alat komunikasi ), kita belajar Sains N Matematik ( sebagai wadah hukum kejadian ), kita belajar Pendidikan Islam & Pendidikan Moral ( sebagai panduan agama & nilai2 hidup murni ), kita belajar Sejarah & Geografi ( sebagai mengenal tamadun kemenjadian bangsa & alam ), Pendidikan Seni & Pendidikan Jasmani & Kesihatan ( pengharmonian jiwa dan Jasmani ). Dan banyak lagi subjek2 yang saya tak masukkan di sini. Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa pilihan subjek2 di atas adalah sebagai contoh sahaja dan pengelasannya pula mengikut pandangan sendiri ( tak ilmiah ). Bagi saya, semua yang kita belajar di sekolah adalah SAMA penting....SAMA nilai ilmunya...saya tidak boleh berkata Bahasa Inggeris lebih tinggi nilainya dari Geografi, misalnya. Jika saya berpendapat begitu, saya adalah pengkhianat ilmu.
Dan maka sebab itulah Kementerian Pelajaran kita menawarkan pelbagai subjek untuk kita (dulu-dulu) dan untuk anak-anak kita (sekarang ). Kalau tak penting, KPM tak akan buang masa, tenaga dan wang ringgit berjuta untuk kita dan anak2 kita untuk menawarkan pelbagai subjek.........betul tak?
So, kesimpulan saya kali ini ialah, semua subjek adalah sama PENTING, maka dengan itu, dalam Peperiksaan, semua subjek WAJIB lulus. Kalau tak penting dan tak wajib lulus, tawarkan subjek yang PENTING dan WAJIB lulus sahaja. Jimat belanja, tenaga dan masa.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)