Monday, March 19, 2012

PBS

Salam Sejahtera..
Sejak kebelakangan ini sudah nampak sistem penilaian dan peperiksaan pendidikan negara kita menunjukkan perubahan (sayugia diingatkan bahawa perubahan tidak semestinya membawa kemajuan atau dicanangkan sebagai kemajuan - pandangan peribadi). Konsep penilaian dan peperiksaan mula diambil alih oleh istilah pentaksiran. Sesuatu yang saya kira amat bagus sekali. Apa yang saya kagumi ialah bukan hanya proses pentaksiran yang merangkumi TAhun 1 hingga Tingkatan 6, tetapi juga medium pengumpulan data atau rumusan pentaksiran. Kita didedahkan dengan SAPS, SPPBS dan lain-lain instrumen. Dan lagi satu yang hangat di sekolah ialah APDM. Semuanya yang hanya memerlukan 'klik', 'klik' dan 'klik'.
Ada perkara yang merunsingkan orang2 berdarah peperiksaan seperti saya ini, dan juga sub ordinat saya. Antaranya ialah:
1. Keselamatan sistem online
2. Ketidakakuran sistem
3. Dan paling kami kecewa tetapi selalu berjaya menjadi topik utama kami senjakala ialah kutukan kami terhadap KPM (harap maaf) iaitu setiap kali ada aplikasi baru yang dibangunkan alasan lapuk diberi apabila sistem tak berupayaan atau membuat kerja yang sepatutnya sistem itu buat ialah....."Harap Maaf, server sibuk!!...Vendor/juruteknik yang dilantik sedang berusaha untuk mengatasi keadaan.
Hmm....kalau ikut istilah orang Sabah.."bikin panas" alasan2 sebegini. Tak pernah kah KPM belajar? Dah tahu nak buat benda-benda high tech, tapi selalunya tak pernah "PERFECT AT THE FIRST TOUCH". Kenalah berbagai pihak membuat kecaman atau aduan, baru lah clear online.
Berkisah dengan pentaksiran berasaskan sekolah bagi Tingkatan 1, selain dari mata pelajaran KHB yang saya amat puji komponen pentaksirannya sudah ada dalam talian, bagaimana pula bagi subjek yang lain? Belum sampai lagi ke tempat kami? Dah nak hujung bulan 3 dah ni. Sudah tu dihilangkan pula KOMPONEN PENGISIAN MARKAH BAGI TINGKATAN 1 /2012 di SAPS, cikgu-cikgu dah start merungut. Ini Tak lama lagi ibubapa pulak la. "Kalau dah tahu PBS online bagi subjek lain selain KHB belum lagi sedia, apalah salahnya diteruskan juga "on" SAPS bagi Tingkatan 1? Kenapa lah benda tu susah sangat.... " Ini bukan kata-kata saya, cuma petikan keluhan rakan setugas. Tambah tension lagi tetiba bila pendaftaran pelajar Tingkatan 1/2012 di SPPBS berdasarkan no kp berkesudahan dengan "NO KP TIDAK DITEMUI". Kata hari tu, data diambil dari JPN, takkanlah 1/4 pelajar kami ini KPnya palsu, satu lagi rungutan dari SU sekolah sebelah. Sekolah saya pun sama juga. Rupa-rupanya ada kawan bagitahu.."cuba u tengok..kalau pelajar yang lahir dari bulan Jan hingga Jun, InsyaAllah ada datanya, dan lepas Bulan Jun tu, memang tiada data...dia lahir kat tepi pantai kot" Laaaaa.....nak buat mcmamana ni? Hm, dia kata kena daftar pakai nombor surat beranak..Pulak dah....... Dan nak buat cerita lagi, surat beranak kat Sabah ini ada dua nombor, satu di depan, satu di belakang....mana satu nak ikut pulak dah?? Nombor di depan ialah nombor bilangan anak itu dilahirkan bagi satu-satu tahun tersebut bagi satu kawasan pendaftaran, Contohnya, katakanlah di daerah Kota Belud ada 150 kelahiran pada tahun 1999, maka catatan di depan ialah bermula 1/99, 2/99, 3/99 hinggalah 150/99. Maka daerah Kota Kinabalu pun begitu juga, dan daerah daerah2 lain., so, kalau ada nombor 121/99 di Kota Belud, memang ada juga nombor yang sama di Kota Kinabalu, di Tawau, di ranau.....dan semua daerah wilayah pendaftaram...adui, "bikin panas', kan. Tetapi kalau ikut nombor siri Surat lahir itu yang tertera di belakang, yang ada 6 angka tersebut, itu merupakan nombor siri yang tiada duanya sebab berpunca dari dari satu sumber cetakan iaitu dari JPN Sabah. (makluman: Surat lahir format baru tiada masalah ini) Kalau dirujuk dari SMM sebelum ini, memang bikin haru, ada bermacam gaya pengisian nombor surat beranak. Tak de sapa yang kisah. Di sekolah saya pun, bermacam cara dah dibuat dan dimaklumkan kepada guru kelas agar buat pengemaskini data, hmm...siapa yang kisah? "Ada kukisah"??? itulah responnya.
Kesimpulannya apabila nak dilaksanakan sesuatu perubahan atau nama kemajuan atau bunyi canggihnya iaitu "Transformasi Pendidikan"....cuba pergi ke ground root. Jgn asyik nak hentam sekolah dan guru bila mendapati ada kepincangan dalam apa jua perubahan transformasi pendidikan.

Wassalam.

Thursday, September 15, 2011

Amalan Senyum

Salam Bahagia...

Saya senyum tersipu-sipu termasuk senyum kambing apabila membaca surat (arahan?) pekeliling MAMPU (rujuk bahagian pekeliling di KPM ) yang menggariskan dengan panjang lebar tentang amalan senyum kakitangan kerajaan.

Senyuman merupakan satu proses fitrah yakni semulajadi yang terbit dari hati seseorang. Ianya mungkin terbit di kala seseorang itu gembira atau ada sesuatu yang menggembirakan hati seseorang. Senyuman yang dipaksa pula umpama gula, rasanya manis tapi boleh mencetuskan penyakit.

Balik pada pekeliling dan arahan MAMPU yang kemudiannya dipanjangkan kepada semua Kementerian (termasuk KPM), yang bertarikh pada tahun 2010, Pengarah MAMPU mengulas amalan senyum berdasarkan banyak aspek iaitu dari konteks perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan kerajaan yang terlibat secara tidak langsung dengan counter service dan yang bersemuka terus dengan orang awam.

Pokoknya ialah semua kakitangan kerajaan hendaklah mengamalkan konsep senyum apabila memberi perkhidmatan mereka. Saya setuju 100%. Sejuk hati kita apabila mendapatkan perkhidmatan di kaunter kerajaan. Semuanya "menyenyumkan" diri masing-masing. Ikhlas? Wallahuahlam.

Apabila balik rumah, saya terfikir......hmm...perkara yang sepatutnya jadi fitrah manusia, perkara yang sepatutnya berlaku secara semulajadi dan ikhlas, perkara yang sepatutnya TIDAK perlu disuruh, kini perlu di arah-arah pula......siap dengan ada pekeliling sekali. Tak lama lagi mungkin ada pekeliling yang lebih detail untuk kakitangan awam kita: cara nak ketawa, cara nak menguap, cara nak kentut dan lain-lain cara.

Di mana silapnya bila generasi atau rakyat kita semakin hilang nilai-nilai hidup yang sepatutnya berlaku secara semulajadi? Sehinggakan moral pun dijadikan satu matapelajaran. Moral diajar di sekolah? Sekarang sivik pun diajar. Saya lebih suka Sivik daripada Moral. Sebabnya ialah sudah jadi satu trademark dalam sistem pendidikan kita iaitu apabila seorang pelajar yang mengambil Moral, pelajar itu ialah bukan Islam. So, Moral hanya untuk pelajar bukan Islam. Pelajar Islam tidak perlu moral?

Kalau Sivik, ianya untuk semua. Saya masih ingat lagi Pendidikan Sivik semasa saya di Darjah Tiga pada tahun 1977. Antara yang saya masih ingat ialah jangan buang sampah merata tempat, jangan rosakkan kemudahan awam dan cara-cara menggunakan tandas.

Entahlah....saya pun masih mencari apa yang hebat dalam sistem pendidikan kita.

Jangan lupa senyum.

Sunday, September 11, 2011

Etika Keguruan

Salam Bahagia...

Salah satu aspek dalam etika keguruan ialah menjaga kepentingan rakat sejawat; yakni dalam apa jua keadaan, kita diminta agar menjaga kebajikan, kepentingan dan maruah rakan sejawat.  Tetapi manusia tetap manusia. Biasanya kita mendengar istilah seperti 'tikam dari belakang', gunting dalam lipatan', 'api dalam sekam' dan lain-lain yang membawa maksud seseorang yang amat manis tingkahlakunya di hadapan kita tetapi di belakang kita, kawan sebegini lah yang menjadi dalang merosakkan reputasi seseorang.
Persoalannya ialah sejauh mana kita menjaga maruah rakan sejawat? Dalam perkara apakah yang sepatutnya kita menjaga rakan sejawat? Sebagai seorang guru, kita lazimnya amat kaya dengan pelbagai cerita dan kisah berbentuk nasihat yang kita sampaikan kepada anak pelajar. Contohnya, dalam aspek kawan dan rakan, kita beritahu pelajar yang kawan yang baik dan ikhlas ialah kawan yang menegur dan menasihati kawannya apabila berlakunya kepincangan, melakukan kesilapan/kesalahan, membimbing/mengajar/menunjuk ajar/berkongsi idea/pendapat dengan  mereka sedikit sebanyak apa yang kita rasa baik. Tiada seornag pun guru (saya rasa) yang menyampaikan di sebalik kenyataan di atas.
Tapi saya musykil juga, apa yang kita ajar anak-anak murid kita itu, dapat kita laksanakan dalam kehidupan harian kita? Sejauh mana kita ikhlas dan jujur dalam menegur dan menasihati rakan setugas apabila kita nampak ada yang tidak betul?
Kita harus duduk dan memikirkan hal hal sebegini sekali sekala.

Selamat Bertugas.

Monday, August 15, 2011

PENGETUA - SIMBOL KEKUATAN

Salam Bahagia...

Saya rasa amat gembira baru-baru ini apabila akhirnya SMK Pekan Kota Belud menerima kedatangan Pengetua baru, Puan Hajjah Adjenada @ Junaidah Yusuppu. Selamat datang Puan.
Apakah signifikannya seseorang Pengetua bagi sesebuah sekolah? Pada tajuk artikel ini, saya nyatakan sebagai Simbol Kekuatan. Bagi saya, Pengetua merupakan tonik bagi warganya, vitamin bagi guru dan kakitangannya. Bagi saya, sebagai seorang staf, dengan siapakah harus saya letakkan kepercayaan ikhtisas saya? Yakni yang berkaitan dengan kerjaya. Sudah tentunya Pengetua. Saya menganggap Pengetua sebagai "shield" bagi warga sekolahnya. Dengan adanya Pengetua, kita sedar bahawa kita sedang diperhati, dikawal dan juga dijaga, konsep yang sama kalau kita bandingkan Ibubapa dengan anak-anak. Ibubapa adalah sebagai tempat berlindung anak-anak.
Sehubungan dengan itu, apabila munculnya Pengetua, saya menarik nafas lega.
Somebody is looking after my back.
Wahai Hajjah...
Semoga kehadiran Puan ke SMK Pekan Kota Belud dapat mengangkat semula martabat SMK Pekan Kota Belud seperti sediakala.
Makluman untuk Puan.....SMK Pekan Kota Belud bukannya "seteruk" (maaf kalau bunyinya teruk) seperti mana yang dilabelkan.
Kita sebenarnya pernah gah satu ketika dulu sebagai salah satu sekolah pelopor dan perintis dalam beberapa aspek di daerah Kota Belud. Cuba tanya-tanyalah macamana sekolah kita 6-7 tahun yang lepas.

Selamat Bertugas Puan Pengetua.

Wednesday, August 3, 2011

Masuk Maktab

Salam Bahagia,

Selamat berpuasa. Semoga puasa tahun ini lepas baik dari tahun2 yang lepas. Agak lama juga saya tidak 'berblog'......hmm....sibuk memanjang. banyak juga kisah saya.......bermacam. Yang pertama kisah saya dapat tawaran masuk IPG Kent tempoh hari. Setelah berfikir panjang dan mengambil kira berbagai aspek, saya terpaksa tangguh niat berhijrah ke sana. Saya mohon maaf kerana menghampakan Pengarah dan Timbalan pengarah IPG Kent yang banyak bersusah payah agar saya dapat berpindah ke Kent. Memang benar, saya lah yang memohon masuk IPG pada tahun 2008. Ketika itu saya masih DG41 dan dengar khabarnya bila masuk sana, boleh dapat DG44. Dengar pula cerita bahawa semua permohonan dibekukan buat sementara waktu, dan permohonan saya pun beku juga, begitu juga niat saya. Beku. Kemudian saya terlibat dengan program MBMMBI, dan selalu ulang alik ke Kent. Tahun 2009 agak baik bila saya dapat GC dan tak lama kemudian Time-based 44. Pada tahun 2010, pihak Kent, terutamanya Hj Rahman Sidek, Puan Pengarah & Tuan Timbalan Pengarah mengaturkan untuk sesi temuduga di mana penempatan saya ke IPG Kent amat pasti. Julai lepas saya terima surat penempatan. Hakiki DG44 ke Kent, sepatutnya lapor diri April 2011 lagi (backdated).

Saya fikir dulu.