Wednesday, June 2, 2010

Kebijaksanaan Berhemat - The Wisdom Of Economy

Salam Bahagia....

Peribahasa Cina : "He who will not economise, Will have to agonise.." Seseorang yang tidak mahu berhemat, terpaksalah hidup melarat ataupun sekadar cukup makan sahaja. Lazimnya sikap berhemat dikaitkan dengan wang ringgit, namun ianya juga boleh dikaitkan dengan perkara lain, umpamanya masa, bahan, kata-kata dan penggunaan apa sahaja termasuklah sumber alam dan tenaga. Orang yang berhemat itu menggambarkan sifatnya menghargai perkara/benda yang dicermatkan itu. Selain dari sikap bertanggungjawab, perkara/bahan yang digunakan itu hendaklah digunakan dengan cermat, teliti dan secara berhemah. Sebagai penjawat awam, kita tidak terlepas dari dipertanggungjawabkan ke atas setengah-setengah peralatan/bahan/perkara/item yang digunapakai dalam tugas harian kita. Lantaran itu, sifat berhemat perlu diamalkan. Antara amalan positif sifat berhemat adalah:

01.  Berhati-hati bila berbelanja
02.  Accountable
03.  Tidak membazir harta kerajaan
04.  Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan
05.  Menyelenggara harta benda kerajaan dengan baik
06.  Bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan
07.  Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
08.  Menyedari bahawa hasil kerajaan datangnya daripada rakyat

Manakala amalan negatif yang perlu dijauhi ialah:

01.  Boros dan suka membazir
02.  Memperaga kehebatan dan kemewahan
03.  Suka bermewah dengan harta kerajaan
04.  Tidak cermat dengan harta kerajaan
05.  Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
06.  Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam

Sumber: Intan Malaysia: 1992

No comments:

Post a Comment