Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wassallam ) bersabda bermaksud, " Sabar itu salah satu daripada cabang Iman seperti kepala sebahagian daripada tubuh badan.." Kemuliaan dan kepentingan sifat sabar itu tidak perlu dikatakan lagi. Semua kita tahu akan sifat ini tetapi berapa ramai yang menghayatinya? Dalam menjalankan kewajipan sebagai seorang penjawat awam, sifat sabar amat perlu dalam melaksanakan tugas. Amalan positif sifat sabar ini adalah seperti berikut:
01. Tenang menghadapi masalah rumit
02. Mempunyai perhitungan jauh
03. Tahan menerima cabaran
04. Tidak putus asa
05. Pemaaf dan berhemah tinggi
06. Cermat dalam tutur kata
Manakala sifat negatifnya ialah:
01. Selalu mengubah pendirian dan keputusan
02. Tidak sanggup berkorban
03. Takutkan cabaran
04. Lekas mengalah
05. Berpandangan sempit
06. Tidak tahan menghadapi kesusahan
07. Tidak bertanggungjawab
Sumber: Intan Malaysia, 1992
No comments:
Post a Comment