Sunday, November 3, 2013

Peperiksaan

Salam Bahagia...

Sekarang bulan November 2013. Peperiksaan UPSR dan PMR telah tamat tempoh hari mengikut jadual. Beberapa hari lagi, SPM dan STPM bakal bermula. Dan dengan itu menandakan titik permulaan perjuangan anak-anak pelajar, disertai doa harapan ibubapa serta para guru. Dalam masa yang sama, kita tidak dapat tidak melarikan diri dari alam peperiksaan. Ini saya nyatakan khususnya tentang pelaksanaan PBS. Tahun ini tahun kedua PBS dijalankan untuk pelajar sekolah menengah dan tahun ketiga pula untuk murid sekolah rendah.
Sehingga kini, keluhan demi keluhan, kritikan dan rasa tidak puas hati dilontarkan oleh para guru terhadap PBS Ting 1 dan Ting 2 ini. Sebabnya? Bermacam sebab yang pihak KPM/LPM sudah sedia maklum dan ketahui. Hari ini pun kalau kita ke halaman SPPBS, ada dikeluarkan kenyataan bahawa PBS akan ditutup mulai 30 Nov 2013 dan akan dibuka pada 01 Januari 2014 untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Pentaksiran yang belum dimasukkan bagi tahun 2013, boleh lah tunggu sehingga 01 Januari 2014. Cerita pentaksiran tidak dapat dimasukkan, pentaksiran yang dimasukkan pula 'hilang', susah nak masuk web SPPBS dan seribu satu macam masalah sudah saya dengari selaku Setiausaha Peperiksaan Sekolah. Apa yang saya boleh buat? Selain dari menyakinkan mereka bahawa semua kesulitan ini adalah bersifat sementara, usaha juga dibuat untuk menghubungi Meja Bantuan SPPBS untuk menyatakan masalah. Setakat itu sahaja kemampuan.
Pernah tak pihak pengendali sistem SPPBS melayari FB? Dengan beratus juta pelayar FB, tak pernah pun kita hadapi masalah-masalah sistem atau teknikal tapi untuk mengendali satu kumpulan guru yang tak sampai 50,000 orang yang berurusan dengan SPPBS, banyak sangat  halangan dan kekangan. Tambah pula, ada pesanan-pesanan yang menghendaki kita menggunakan browser browser tertentu sahaja. Hmmm..canggih apa la sangat SPPBS ni? Menyulitkan dan merumitkan pengguna. Tahun ni  dah masuk tahun kedua bagi Tingkatan 2 PBS ni. Sejak hari pertama saya mengendalikan PBS iaitu tahun 2012 dan sampai lah hari ini, masalah teknikal belum lagi mampu diselesaikan oleh KPM. Penat saya menjawab kepada guru-guru saya.
Ini belum lagi saya menyentuh bagaimana pelaksanaan PBS di sekolah. Itu lain kali aje.

Salam.