Monday, February 1, 2010

PJK

Salam bahagia...

Sepanjang minggu lepas, sekolah saya agak sibuk dengan penganjuran sukan tahunan. P & P berlaku dalam bentuk pelaksanaan ko-kurikulum. Sekolah saya memang tidak ada padang, maka aktiviti berbentuk sukan dan riadah amat terbatas. PJK pun sekadar teori tanpa praktikal. Walaupun begitu, pelajar dan semua guru amat ceria, bersemangat dalam menganjurkan sukan tahunan. Padang pekan biasanya menjadi lokasi pilihan utama, sekaligus menghidangkan satu acara sampingan kepada penduduk daerah yang dapat menyaksikan sukan sekolah.

Saya rasa sampai bila-bila pun sekolah saya tidak akan mempunyai padang sendiri. Satu realiti. So, bagaimana? Bagaimana mahu menyalurkan energi pelajar yang terkumpul dalam bentuk Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang sihat dan positif? Saya rasa penyelesaiannya tetap ada kalau duduk bersama dan berbincang. Amalkanlah Smart Partnership. Dengan siapa?

Berhadapan dengan sekolah ada sebidang tanah lapang kepunyaan penduduk kampung. Biasanya padang ini digunakan oleh anak-anak kampung di waktu petang sebagai tempat beriadah. Jadi?

Pihak sekolah, pejabat, PIBG dan AJK JKKK bolehlah duduk berbincang sekiranya tanah ini boleh digunakan secara bersama. Buatlah satu MOU yang ringkas dengan pihak tuan tanah. Pihak sekolah bolehlah membersihkan tanah ini, memesin rumput, membuat garis padang (ala kadar sekadar yang minima ) dan sebagainya. Mungkinkah JKKK akan membantah? Mungkin tidak sebab yang menggunakannya ialah anak-anak mereka. Masalah padang selesai. Ada masalah lagi?

Ada..... Apa dia? Hmm...cikgu-cikgu pulak berpendapat..hisskk..tak berbaloi la PJK 40 minit, nak jalan melintas jalan, arah pelajar..angkat peralatan..tukar pakaian.....tak berbaloi..buang masa...
Saya rasa boleh diatasi cabaran ini. Memang tak berbaloi kalau hanya satu kelas yang diarahkan berPJK, cuba gabungkan beberapa kelas...dan juga masanya..misalnya 1 1/2 jam. Gabungkan 4 kelas contohnya. Asingkan pelajar lelaki dan perempuan. Yang lelaki diajar oleh guru lelaki, manakala yang perempuan dilatih oleh guru perempuan. Bukannya tak cukup cikgu. Buat selang satu minggu. Pilih hari-hari tertentu. Atur jadual. Cuba fikir. Kalau mahu, latihan kawad unit beruniform, asas2 berkhemah ke, dan lain-lain seumpamanya boleh dilaksanakan di sana.

Aiseh.....bab-bab nak fikir dan buat kerja ini lah, orang kita akan berfikir paaaaaanjang. Nanti habis bateri minda. Pengetua? Dia dah nak bersara wajib dah. Siapa nak fikir? Tunggu Pengetua baru datang dan berfikir bagi pihak kita. Hmm..lepas dia berfikir, mahu ikut ke kita?

Err..tunggu dulu.

No comments:

Post a Comment