Thursday, July 8, 2010

Ujian & Peperiksaan

Salam Bahagia..

Sebut sahaja ujian dan peperiksaan, maka semua mengeluh. Ada pro dan kontra.  Manusia dilontar ke dunia ini pun gara-gara "gagal" dalam ujian & peperiksaan, subjeknya "Keimanan & Ketakwaan". Maka hidup manusia penuh dengan segala macam ujian dan peperiksaan.
Berbalik pada Ujian & Peperiksaan dalam konteks akademik, ianya berlaku sejak mulanya peradaban manusia. Apakah perlunya peperiksaan ini dalam konteks pendidikan? Bagi saya..memang perlu. Objektif peperiksaan amat mudah iaitu untuk mengesan, menilai dan seterusnya mengiktiraf kebolehan, kepakaran dan pencapaian seseorang dalam bidang tertentu. Ini ialah asas Peperiksaan. Lazimnya kebolehan dan pencapaian seseorang itu selari dengan pencapaiannya dalam sesuatu peperiksaan. Namun ada kalanya keputusan peperiksaan itu tidak menggambarkan pencapaian sebenar seseorang. Bagi mereka yang menyokong klise ini mempunyai berbagai alasan. Antaranya, katakan seorang pelajar pintar itu, jatuh sakit semasa menduduki peperiksaan, sudah tentu pelajar tersebut mungkin tidak boleh menjawab dengan baik berbanding sewaktu dia sihat. Yang lainnya berpendapat adalah tidak adil dan tidak masuk akal bila mana pelajaran yang dipelajari selama 2 tahun umpamanya, hanya diuji dalam tempoh 2 atau 3 jam di bilik peperiksaan. Pendapat pendapat ini kadang kala mempunyai asas. Sehubungan dengan itu, saya amat kagum dan berbangga dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian kita amat cepat 'menghidu' kepincangan-kepincangan ini. Justeru itu, bagi memberi peluang yang lebih terbuka, adil dan munasabah, maka berbagai kaedah pengujian diperkenalkan. Antaranya ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kebolehan pelajar ditaksir di sekolah dalam pelbagai subjek. Dan ianya diambil kira sebagai tokoktambah nilai dalam peperiksaan awam. Secara kasarnya begitulah ujian dan peperiksaan di sekolah di negara kita.

Di sebalik isu ini, muncul pula isu lain. Pada zaman 60an dan mungkin lebih awal dari itu, nilai keputusan peperiksaan, contohnya, peperiksaan Darjah 6 (dulu-dulu) amat tinggi sekali. Kehidupan seseorang mungkin berubah dengan adanya "Sijil Darjah 6"  ini, itu belum lagi diambil kira LCE/SRP, MCE/SPM dan HSC/STP. Sungguh tinggi, dan memang amat tinggi nilainya sijil-sijil dari peperiksaan berkenaan.

Kadang-kadang sebagai seorang pendidik, dan juga sebagai pendokong setia dasar kerajaan, memang panas juga telinga ini apabila terdengar sindirin-sindirin (yang memang berasas) yang memperlekehkan sijil UPSR, PMR dan SPM. Persoalan mereka, "Cikgu, sijil UPSR dan PMR tu untuk apa bah, cikgu?" Dan seperti biasa, saya senyum dan beredar. Memang saya tak ada jawapan.

No comments:

Post a Comment