Wednesday, June 2, 2010

Nikmat Mencipta - The Joy of Originating

Salam Bahagia...

Kepuasan ialah tujuan dan puncak segala usaha manusia. Kepuasan yang amat ketara dan mendalam ialah nikmat yang terhasil daripada mencipta sesuatu, lebih-lebih lagi jika perkara atau bahan yang dicipta itu mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara. Sir Wilfred Grenfell mengatakan, " Real joy comes not from ease or riches or from the praise of men, but from doing something worthwhile..." Dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam, ada kalanya dengan sedikit minat dan kreativiti, kita boleh mencuba untuk mempercepatkan sesuatu proses kerja dengan mencipta satu kaedah baru, barangkali proses kerja yang memakan masa satu minggu misalnya, boleh dipendekkan menjadi 2 hari dengan sistem yang kita cipta. Di situlah datangnya kepuasan dan nikmat atas usaha kita itu. Amalan positif yang terbit dari nilai ini ialah:

01.  Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan
02.  Sentiasa berada dalam cabaran intelektual
03.  Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah
04.  Over-zealous dengan pekerjaan
05.  Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru alam pentadbiran
06.  Senang 'bermain' dengan idea dan berani mencuba

Amalan negatifnya pula:

01.  Berpuashati dengan kedudukan yang sedia ada
02.  Takut menemui kegagalan
03.  Memandang remeh usaha orang lain
04.  Pemikiran tidak dinamik
05.  Mempertahan status quo secara membuta tuli
06.  Tidak suka pembaharuan
07.  Tidak sabar dalam penciptaan baharu

Sumber: Intan Malaysia, 1992

No comments:

Post a Comment