Sunday, September 11, 2011

Etika Keguruan

Salam Bahagia...

Salah satu aspek dalam etika keguruan ialah menjaga kepentingan rakat sejawat; yakni dalam apa jua keadaan, kita diminta agar menjaga kebajikan, kepentingan dan maruah rakan sejawat.  Tetapi manusia tetap manusia. Biasanya kita mendengar istilah seperti 'tikam dari belakang', gunting dalam lipatan', 'api dalam sekam' dan lain-lain yang membawa maksud seseorang yang amat manis tingkahlakunya di hadapan kita tetapi di belakang kita, kawan sebegini lah yang menjadi dalang merosakkan reputasi seseorang.
Persoalannya ialah sejauh mana kita menjaga maruah rakan sejawat? Dalam perkara apakah yang sepatutnya kita menjaga rakan sejawat? Sebagai seorang guru, kita lazimnya amat kaya dengan pelbagai cerita dan kisah berbentuk nasihat yang kita sampaikan kepada anak pelajar. Contohnya, dalam aspek kawan dan rakan, kita beritahu pelajar yang kawan yang baik dan ikhlas ialah kawan yang menegur dan menasihati kawannya apabila berlakunya kepincangan, melakukan kesilapan/kesalahan, membimbing/mengajar/menunjuk ajar/berkongsi idea/pendapat dengan  mereka sedikit sebanyak apa yang kita rasa baik. Tiada seornag pun guru (saya rasa) yang menyampaikan di sebalik kenyataan di atas.
Tapi saya musykil juga, apa yang kita ajar anak-anak murid kita itu, dapat kita laksanakan dalam kehidupan harian kita? Sejauh mana kita ikhlas dan jujur dalam menegur dan menasihati rakan setugas apabila kita nampak ada yang tidak betul?
Kita harus duduk dan memikirkan hal hal sebegini sekali sekala.

Selamat Bertugas.

No comments:

Post a Comment